Apabila Samsung memperkenalkan prototaip paparan boleh lipat pada tahun 2011, ramai melihatnya sebagai satu pandangan ke masa depan yang jauh — sesuatu yang berani, mendebarkan, dan mungkin tidak dapat dicapai. Namun menjelang 2019, Samsung merealisasikan yang mustahil dengan pelancaran telefon pintar boleh lipat komersial pertama di dunia: Galaxy Fold.
Ini bukan sekadar demonstrasi inovasi — ia adalah satu pengolahan semula yang radikal terhadap bentuk telefon mudah alih. Hari-hari awal tidak terlepas daripada cabaran. Generasi pertama Fold menerima kritikan berkaitan ketahanan dan isu engsel. Namun, Samsung tidak berundur. Sebaliknya, Samsung bertindak dengan penuh komitmen — memperhalusi setiap aspek teknologi lipatnya. Melalui kemas kini perkakasan berperingkat, penggunaan kaca ultra nipis (UTG) yang diperkuat, penambahan rintangan air, dan sistem engsel yang lebih kukuh, siri Fold dan Flip telah matang menjadi kategori yang diyakini.
Hari ini, telefon boleh lipat Samsung bukan lagi sekadar gajet luar biasa — ia adalah simbol kecekalan kejuruteraan. Setiap generasi menyaksikan Samsung terus mendobrak batas: memperkenalkan Z Flip untuk kebolehgunaan mudah alih, Z Fold untuk produktiviti — dan kedua-duanya untuk mereka yang bersedia menyambut era baharu telefon pintar. Apa yang dahulunya hanya satu idea kini telah menjadi gerakan global, semuanya bermula dengan visi Samsung — dan keberanian untuk menjadi yang pertama.
Kini, dengan pengumuman Galaxy Unpacked Julai 2025, Samsung bersiap sedia untuk revolusi seterusnya dalam teknologi boleh lipat, terus menolak sempadan dan mentakrifkan semula peranti mudah alih sebagai rakan pintar yang menemani kehidupan harian kita.
Daftar Minat Anda Hari Ini!
Bersedia untuk inovasi Galaxy yang seterusnya – dari sekarang hingga 9 Julai 2025, 9:59 malam, daftar minat anda untuk menerima e-baucar bernilai RM180 untuk pra-tempah peranti Galaxy akan datang dan/atau jam tangan Galaxy yang diperkenalkan semasa Galaxy Unpacked.¹
Hayati Gaya Hidup AI
Peserta yang melengkapkan pendaftaran minat untuk peranti Galaxy akan datang juga layak menyertai Peraduan My AI Lifestyle. Ikuti langkah berikut untuk menyertai:
- Komen dan jawab soalan di hantaran pengumuman My AI Lifestyle Contest yang akan dimuat naik di akaun rasmi Facebook, Instagram, TikTok dan X Samsung Malaysia.
- Sertakan tanda pagar #GalaxyUnpacked dan #MyAILifestyle dalam komen anda.
- Peserta diwajibkan mengikuti akaun rasmi Samsung Malaysia di platform tersebut dan menetapkan akaun media sosial kepada awam (public).
Hadiah Menarik Menanti Anda!
- TV Pintar Samsung Vision AI 4K Neo QLED QN70F 65”
- Pembersih AI Premium Bespoke Jet Lite 280W dalam warna Pebble Grey
- Peti Sejuk AI Bespoke 594L SBS dengan Skrin Sentuh LCD AI Home 9” dalam warna Hitam
- Mesin Basuh AI Bespoke Front-load 25KG dengan teknologi AI Ecobubble™
- Galaxy Tab S6 Lite
Daftar minat anda di sini dan rasai detik Galaxy yang seterusnya: https://www.samsung.com/my/unpacked/
Teruskan mengikuti Samsung Malaysia Newsroom untuk semua teaser, treler dan kemas kini terkini menjelang acara Unpacked 2025.