Detik-detik indah sepanjang perayaan Aidilfitri sebaiknya dirakamkan untuk tatapan kenang-kenangan di masa hadapan. Untuk merakamkannya, telefon pintar dengan keupayaan kamera yang mengkagumkan untuk tahun 2023 seperti HONOR Magic5 Pro pastinya pilihan yang tepat.

HONOR Magic5 Pro mencatatkan markah keseluruhan 152 mata oleh DXOMark bagi fungsi fotografi dan rakaman videonya. Sistem tri-kamera yang menunjangi telefon pintar ini mengandungi tiga sensor 50MP dengan kamera utamanya mempunyai sensor sebesar 1/1.12-inci. Tidak hairanlah ia mempunyai apertur yang besar f/1.6 yang membolehkan kesan khas bokeh dapat dijana dengan baik.

Kamera utamanya ini juga amat versatil melalui sudut luasnya 23mm yang sesuai digunakan untuk fotografi potret berkumpulan. Ia juga berpadanan dengan resolusi 50MP dan OIS padanya bagi mengurangkan kesan herotan.

Merakamkan foto kemeriahan malam menjelang Aidilfitri juga lebih mudah menggunakan HONOR Magic5 Pro kerana kepantasannya. Melalui kamera utamanya, gambar pada waktu malam amat rendah hingarnya selain kualiti warnanya yang realisitik dan mantap. Turut mampu menyediakan tangkapan foto malam yang mantap, kamera ultra lebar pada telefon pintar ini tidak kurang hebatnya.

Jika foto berkumpulan Hari Raya anda amat meriah dengan sanak saudara, kamera ultra-lebar pada HONOR Magic5 Pro bersama-sama apertur lebar f/2 dengan panjang fokal yang besar 13mm (sudut pandang 122˚) dan sensor 1/2.5-inci mampu menggalas tugas mengambil foto bersudut luas dengan baik.

Melengkapkan tri-kameranya, HONOR Magic5 Pro juga menyediakan sebuah kamera periskop 50MP yang hadir dengan apertur f/3. Sepanjang menggunakannya, saya berpandangan kamera ini paling padu kerana mampu memberikan gambar berimpak tinggi yang sesuai untuk pelbagai keadaan termasuk merakam momen-momen kenangan di pagi Aidilfitri.

Kamera hadapannya 12MP bukan sekadar kamera swafoto yang bagus dengan apertur f/2.4 dan sudut pandang lebar 100º, malah turut dilengkapkan dengan pengimbasan wajah 3D.

Secara keseluruhannya, HONOR Magic5 Pro merupakan telefon pintar mercu yang sesuai untuk anda yang ingin merakamkan detik-detik indah kehidupan melalui fotografi dalam pelbagai keadaan baik ketika perayaan seperti Aidilfitri mahupun majlis-majlis seperti kenduri-kendara tanpa perlu bergantung pada kamera bergred profesional.

Anda juga boleh mengikuti ulasan lanjut mengenai HONOR Magic5 Pro untuk mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan telefon pintar ini.

Maklumat lanjut tentang Siri HONOR Magic5 dan lain-lain promosi, ikuti Facebook HONOR Malaysia dan laman rasmi di 

Tinggalkan komentar