Hangpa yang dok kat Penang bakal menikmati internet yang lebih laju apabila menggunakan Penang Free WiFi pada lebih dari 50 lokasi sekitar George Town. Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang akan dinaik taraf kelajuannya ke 3 Mbps di lokasi-lokasi tertentu sekitar Komtar dan zon tapak warisan Unesco.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Penang Free Wifi dengan kelajuan baru ini akan dilancarkan secara rasminya Rabu ini.
Perkhidmatan Penang Free Wifi buat pertama kalinya dilancarkan enam tahun lalu dan memiliki lebar jalur permulaan 75 Mbps sebelum dipertingkatkan kepada 375 Mbps pada Februari tahun ini.
Peningkatan lebar jalur membolehkan pengguna menikmati kelajuan pada tahap 1 Mbps berbanding 512 kbps sebelumnya. Kini, melalui penambahbaikan ini hangpa di Penang boleh pi online di mana-mana 50 lokasi terpilih.
Buat masa ini, perkhidmatan percuma ini ditawarkan di 1,560 hotspot di seluruh negeri Pulau Pinang, baik di Pulau mahupun di Seberang Perai. Penang Free Wifi memiliki lebih dari 600,000 pengguna berdaftar dengan jumlah purata 20,000 orang pengguna melog masuk ke perkhidmatan tersebut setiap hari.
Ia boleh diakses dikebanyakan tempat-tempat umum pada bila-bila masa dan pengguna hanya perlu mendaftar sekali untuk terus menggunakan perkhdimatan tersebut.
Penawaran perkhidmatan internet percuma ini sudah pasti disambut baik oleh kalangan pengguna terutamanya oleh golongan-golongan yang memerlukannya seperti golongan pelajar dan golongan usahawan.
-Sumber berita diperoleh dari The Malay Mail














Keutamaan mendapat wifi percuma patut diberi kepada pendududk2 kawasan luar bandar kerana ramai yg masih tak mampu memilikinya. Apa pun terima kasih kpd kerajaan negeri Pulau Pinang yg mengutamakan kepentingan rakyat..