Microsoft sememangnya menjadi pilihan utama bagi pengguna yang ingin mendapatkan sokongan jangka panjang bagi platform-platform yang terdahulu. Namun, berita baru-baru ini agak mengejutkan apabila syarikat berpengkalan di Redmond ini mengumumkan bahawa perkakasan seperti pemprosesan tidak akan menyokong sistem operasi Windows versi-versi yang terdahulu seperti Windows XP.

Pengumuman ini akan memberi kesan terhadap pengguna-pengguna enterprise Windows kerana pengguna dari segmen ini merupakan kelompok pengguna yang paling sukar untuk beralih ke versi baru dan cenderung untuk terus kekal menggunakan sistem operasi yang ketinggalan zaman.

Perubahan ini akan mula dilaksanakan menjelang pengeluaran pemprosesan generasi terkini dari tiga pengeluar utama pemprosesan; AMD, Intel dan Qualcomm. Sehubungan itu, pemprosesan-pemprosesan terbaru yang akan datang, perlu digunakan bersama sistem operasi terkini untuk membolehkannya beroperasi.

Untuk memudahkan kerja-kerja peralihan sistem operasi di kalangan pengguna, Microsoft turut menyenaraikan pemproses-pemproses Intel Skylake yang masih lagi menyokong Windows 7 dan Windows 8.1. Walaubagaimanapun, ia hanya disokong sehingga 17 Julai 2017.

Windows versi yang terdahulu pada kebiasaannya memerlukan perisian sokongan tambahan seperti driver dan lain-lain dari pengeluar perkakasan untuk membolehkan perkakasan terbabit boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Sesetengah pihak berpendapat, perisian tambahan perkakasan untuk digunakan pada sistem operasi yang lama boleh meningkatkan kos pengeluaran sesuatu produk dan semakin lama usia sistem operasi tersebut, semakin sukar untuk mensesuaikannya dengan perkakasan yang baru.

-Sumber berita diperoleh dari Windows Blog

Tinggalkan komentar