Pemandu-pemandu teksi di Malaysia mengancam untuk mengadakan mogok selama seminggu apabila kerajaan membenarkan perkhidmatan perkongsian kenderaan beroperasi secara sah. Pengerusi Persatuan Tranformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamaruddin Mohd Hussain menyatakan bahawa pemandu-pemandu teksi berasa kecewa apabila kerajaan membuka peluang kepada perkhidmatan yang merosakkan industri teksi di Malaysia.
Menurut beliau, rungutan yang paling kerap diterima dari pengusaha dan pemandu teksi adalah persaingan tidak adil yang diterima dari perkhidmatan perkongsian kenderaan ini. Buat masa ini, hanya pemandu-pemandu teksi sahaja yang tertakluk dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan pemandu-pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan ini masih lagi tidak terikat dengan peraturan dan pemantauan yang ditetapkan dari kerajaan.
Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai turut menyatakan peraturan bagi perkhidmatan teksi di Malaysia perlu dikaji semula bagi memberikan peluang yang saksama untuk bersaing dengan perkhidmatan seperti Uber dan Grab. Pada masa yang sama, pemberian ‘lesen pemandu’ kepada pemandu-pemandu seperti Uber dan Grab membolehkan pihak kerajaan memantau sebarang kegiatan perkhidmatan ini.
Sumber berita diperoleh dari The Malay Mail














almost semua negara ada Uber, so nak stop Uber di M’sia mcm ketinggalan zaman pulak kan..
first time guna Uber, mmg puashati..
Itulah yang sesetengah pemandu teksi inginkan. Biarlah ketinggalan zaman sekalipun, asalkan jangan ada Uber. Hehe
teksi perlu meningkatkan perkhidmatan mereka kepada tahap yang lebih baik.. kebanyakkan pengguna servis uber ini mostly menyatakan tahap kualiti kereta yang rendah, bersikap kurang ajar dan tidak menghormati(bersikap rude) pada pelanggan(passenger), tidak menggunakan meter, caj yang terlalu tinggi, attitute yang rendah, merokok ketika memandu(membawa passenger) malah juga ada yang melakukan perbuatan yang tidak senonoh malah mencuri pun ada merupakan antara faktor utama pelanggan tidak mahu menggunakan servis mereka. Jadi pelanggan akan ‘lari’ kepada perkhidmatan yang lebih baik. Apa yang harus mereka fikirkan adalah soal pelanggan.. bukan soal diri mereka sendiri.. kerana pelanggan yang akan bagi mereka income apabila mereka menggunakan servis mereka..