TM buat masa ini sudah pun mula mempromosikan pelan Unifi 30Mbps tanpa had kuota. Pada asalnya, pelan 30Mbps ini ditawarkan dengan had kuota 60GB pada kadar RM79 sebulan.
Dari segi harga, pelan tanpa had terbaru pada kadar RM89 sebulan ini hanya lebih RM10 lebih berbanding pelan asalnya yang mempunyai kuota. Selain dari itu, pelan ini bagaimanapun masih lagi meneruskan tawaran yang sama termasuk kadar rata untuk panggilan telefon RM0.20/min ke mana-mana talian mudah alih dan talian domestik berdasarkan kegunaan.
Tidak ketinggalan, pelanggan pelan tanpa had ini juga akan menerima akses ke Unifi TV melalui aplikasi Unifi PlayTV. Seperti yang kita sedia maklum, pelan tanpa had Unifi 30Mbps ini hadir dengan kontrak untuk tempoh 24 bulan.
#khabarbaik Your weekend just got even better, folks! 💪 Sign up NOW for unifi Home plans and enjoy 1 month FREE. This offer is valid for a limited time only, so make sure you grab it NOW NOW NOW! pic.twitter.com/QlN09p0cfu
— unifi (@unifi) September 7, 2019
Dalam perkembangan yang berkaitan, pihak TM pada masa ini turut menawarkan langganan percuma selama 1-bulan bagi pelanggan baru yang mendaftar di dalam bulan September ini. Maklumat lanjut, layari laman rasmi Unifi.













