HONOR, baru-baru ini telah memperkenalkan tablet generasi baharunya untuk pasaran Malaysia melalui HONOR Pad 10. Ia menampilkan paparan 2,560 x 1,600 120Hz, pemprosesan Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3, bateri 10,100mAH dengan pengecasan 35W, RAM 8GB dan storan 256GB.

Peranti ini hadir berkesinambungan dari model sebelumnya, HONOR Pad 9 yang terbukti sangat popular dan menjadi tablet HONOR paling laris jualannya. HONOR Pad 10 dijual pada harga RM1,499 dan sama seperti siri HONOR 400, ia mula dijual pada 30 Mei ini. Bagi anda yang membuat pembelian terawal, anda berpeluang untuk menerima aksesori percuma berbentuk Smart Bluetooth Keyboard, HONOR Choice Pencil dan juga HONOR Choice Headphones Pro.

HONOR Pad 10 diposisikan sebagai Tablet AI yang sesuai untuk Produktiviti Kerja & Belajar. Ia dibangunkan untuk menyokong pelbagai aktiviti pengguna, daripada menikmati kandungan hiburan yang imersif hinggalah melaksanakan tugasan profesional yang memerlukan keupayaan lebih.

Paparan 2.5K yang Unggul

HONOR Pad 10 dilengkapi dengan paparan HONOR Eye Comfort bersaiz 12.1 inci yang menawarkan resolusi 2.5K. Paparan ini dipertingkatkan lagi dengan teknologi AI Ultra Picture Engine, memberikan kualiti visual yang jelas dan tajam.

Selaras dengan komitmen HONOR terhadap keselesaan pengguna, tablet ini menggabungkan Lima Teknologi Perlindungan Mata Utama dan mendapat Pensijilan Dual TÜV Rheinland, memastikan pengalaman tontonan yang selesa untuk mata.

Kapasiti Bateri Terbesar dalam Segmennya

Salah satu daya tarikan utama HONOR Pad 10 adalah bateri berkapasiti 10,100mAh. Bateri berketumpatan tinggi ini dibina menggunakan bahan yang meningkatkan kecekapan tenaga. Kapasiti ini membolehkan penggunaan tablet yang panjang, menyokong sehingga 8.5 jam bermain PUBG, 11.9 jam menonton TikTok, 7.2 jam bermain Mobile Legends: Bang Bang, dan boleh bertahan sehingga 80 Hari dalam mod Standby dengan sekali cas penuh.

Kapasiti 10,100mAh ini dikatakan sebagai terbesar dalam segmen tabletnya, melebihi kapasiti model lain seperti HONOR Pad 9 (8,300mAh), Samsung Tab S9 FE (8,000mAh), Huawei MatePad 11.5s (8,800mAh), dan Redmi Pad Pro (10,000mAh). Tablet ini juga menyokong teknologi pengecasan pantas 35W melalui sambungan berwayar.

Reka Bentuk yang Sangat Nipis & Ringan

Walaupun memiliki bateri berkapasiti besar, HONOR Pad 10 berjaya mengekalkan reka bentuk yang ergonomik dengan ketebalan hanya 6.29mm dan berat sekitar 525g. Ini menjadikannya lebih ringan daripada model sebelumnya, HONOR Pad 9.

Reka bentuk ini dicapai sebahagiannya melalui Proses Pembengkokan 270° Pertama dalam Industri, yang dilaporkan menyumbang kepada gabungan ringan dan ketahanan, mengurangkan berat keseluruhan dan menipiskan badan peranti.

Produktiviti Dikuasakan AI

Tablet ini menyokong ciri-ciri produktiviti berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti Smart Summary, AI Writing Tools, dan AI Translation.

Ciri-ciri ini direka untuk memudahkan pengguna dalam pelbagai tugas sebagai contoh, siri AI Translation, boleh menjadi alat yang berguna untuk mengatasi halangan bahasa dalam kerja atau pembelajaran.

Pengalaman Menyerupai PC

Untuk meningkatkan fungsi produktivitinya, HONOR Pad 10 serasi dengan aksesori tambahan seperti HONOR Smart Bluetooth Keyboard dan HONOR Choice Pencil. Ini membolehkan pengguna mengubah tablet ini menjadi stesen kerja yang lebih berupaya, menjadikannya sesuai untuk pelbagai aktiviti yang memerlukan input dan navigasi yang lebih tepat, seperti penulisan dokumen atau lakaran digital.

Di samping keupayaan produktiviti, HONOR Pad 10 juga menawarkan pengalaman hiburan yang memuaskan apabila digunakan sebagai peranti kendiri. Paparan berkualiti tinggi dan prestasi yang stabil menjadikannya sesuai untuk menstrim video, bermain permainan, atau melayari internet.

Secara ringkasnya, HONOR Pad 10 merupakan kemas kini yang signifikan dalam barisan tablet HONOR, terutamanya dengan peningkatan ketara pada kapasiti bateri sambil mengekalkan reka bentuk yang ringan dan paparan yang mengutamakan keselesaan mata pengguna.

Tinggalkan komentar