
Pengambilalihan ini juga penting untuk menyatukan pasukan yang tepat serta menyediakan sekumpulan pakar yang padu bagi menawarkan penyelesaian kewangan digital yang dipertingkatkan kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Panamax telah melabur dalam sebuah pejabat yang canggih dengan membangunkan sebuah Pusat Kecemerlangan (CoE) Perbankan Teras Digital untuk lebih 500 orang pekerja Acute Informatics dan memenuhi keperluan lebih 120 pelanggan di seluruh dunia.
“Kami teruja untuk mengambil alih Acute Informatics; ia merupakan suatu langkah strategik untuk memperluas penguasaan kami dan menawarkan penyelesaian perbankan teras di peringkat antarabangsa. Pengambilalihan ini akan memulakan pertumbuhan dan kejayaan syarikat yang telah mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam inovasi, pelaksanaan, kecemerlangan operasi dan pembangunan pasukan yang menghasilkan kejayaan.” – Bankim Brahmbhatt, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Panamax Inc.
“Kami gembira dapat menyertai Panamax Inc. – peneraju industri telekomunikasi dan teknologi kewangan selama tiga dekad yang lalu. Penggabungan ini akan membantu syarikat kami memperluas jejak di seluruh dunia, memacu kecemerlangan dan meningkatkan perniagaan kami.” – Chirag Patel, Ketua Pegawai Eksekutif Acute Informatics.
Pengambilalihan ini dijangka akan menghasilkan kecekapan yang lebih besar dalam ekosistem perbankan teras Digital serta meningkatkan bahagian pasaran syarikat ini dengan ketara.
Tentang Panamax Inc.
Panamax ialah Peneraju Global dalam menyediakan Penyelesaian Teknologi Kewangan dan Rangkaian Kewangan Digital. MobiFin Elite, iaitu Penyelesaian Kewangan Digital daripada Panamax, menawarkan kebolehskalaan dan operasi yang mudah melalui penggabungan Perbankan Mudah Alih, Perbankan Agensi, Dompet, Tambah Nilai, Penyelesaian Pembayaran Bil ke dalam satu antara muka.
Rangkaian Perbankan daripada Panamax menyediakan pengalaman perbankan digital yang menyeluruh dengan ciri-ciri inovatif untuk kecekapan operasi. Ia membantu bank dan institusi kewangan menawarkan perkhidmatan perbankan kontemporari, memudahkan perbankan dalam talian dan mengurangkan perbelanjaan infrastruktur.
Tentang Acute Informatics
Acute Informatics Pvt. Ltd. ialah sebuah Syarikat Perbankan Teras Digital, Teknologi Kewangan, Mentor Projek & Perundingan IT dengan Keupayaan Penghantaran Pelbagai Pesisir.
Ia bermatlamat untuk memberikan nilai kepada para pelanggan di seluruh dunia dengan menggunakan sebuah Model Penghantaran Global yang berkesan untuk Perbankan Digital, Pengkomputeran Awan, Teknologi Kewangan, Kewangan Mikro, Penyertaan Kewangan, Penyepaduan Sistem, Pentadbiran Pangkalan Data, Pentadbiran Sistem, Pelaksanaan, Ujian dan Sokongan yang berkesan.
Hubungan:
Panamax Inc.
E-mel: info@panamaxil.com
Telefon: +1 757 500 7062
Laman Web: https://www.panamaxil.com/
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2006009/Panamax_Acute.jpg














