PUTRAJAYA, 28 Mei 2020 – Orang ramai disarankan supaya membawa pen sendiri untuk mendaftar maklumat peribadi sebelum memasuki premis perniagaan seperti pasar raya dan restoran. Saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini bertujuan mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.

Pihak kementerian juga turut memperkenalkan beberapa usaha penyelesaian lain termasuk penggunaan kod QR melalui aplikasi MySihat di premis perniagaan. Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu sidang media di Putrajaya hari ini.

“Bagaimanapun jika tiada kod QR, kita menasihatkan supaya anda membawa pen sendiri. Kalau tiada pen, ada juga kedai di mana staf mereka yang menuliskan maklumat anda, ia juga salah satu cara.

“Jika tidak membawa pen, pastikan anda sanitasi tangan dan pen sebelum menggunakannya, kalau anda bimbang kerana pen itu digunakan umum. Ia cara terbaik sebagai langkah perlindungan,”

Sumber imej pengatas dari Freepik oleh jannoon028

Tinggalkan komentar