OPPO Malaysia baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar peringkat menengah terkininya melalui siri OPPO Reno8 T. Telefon pintar terkini dari OPPO ini hadir melalui Reno8 T 5G dan Reno8 T 4G.

OPPO Reno8 T 5G

Untuk OPPO Reno8 T 5G, ia hadir dengan skrin AMOLED melengkung 3D 6.7-inci beresolusi FHD+ bersama-sama kadar penyegaran semula skrin 120Hz. Turut disediakan, sokongan kadar pensampelan sentuhan 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan segera 1000Hz dalam beberapa keadaan di dalam permainan mudah alih.

Panel skrin yang memiliki Paparan 1 Billion Warna ini juga mempunyai nisbah badan-kepada-skrin sebanyak 93% dan bingkai bawah berketebalan hanya 2.32 bagi tontonan yang lebih memukau.

Di dalamnya, Reno8 T 5G menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 5G yang bergandingan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. RAM berkenaan boleh diperluaskan secara maya menggunakan fungsi OPPO RAM Expansion sehingga 8GB, selain ruangan storannya boleh diperkembangkan melalui slot kad mikroSD sehingga 1TB.

Bateri OPPO Reno8 T 5G yang berkapasiti 4,800mAh boleh menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 67W. Menurut OPPO, kapasiti penuh bateri ini mampu bertahan sehingga 389 jam waktu bersedia selepas dicaskan. Untuk mengecaskannya dari kosong sehingga penuh, telefon pintar ini mengambil masa sehingga 44 minit.

Kamera

Kamera telefon pintar ini menampilkan dwi-kamera dengan satu sensor utama 108MP dan sensor 2MP untuk kesan berkedalaman. Kamera Potret 108MP berkenaan mempunyai ciri Microlens 40x dan boleh memanfaatkan teknologi ‘binning’ NonaPixel Plus yang bergandingan dengan algoritma OPPO AI Potret Super Resolution.

Dinamakan sebagai “Potrait Expert”, kedua-dua varian 5G dan 4G telefon pintar ini turut menampilkan ciri Selfie HDR, Bokeh Flare Potrait dan banyak lagi. Pada hadapannya pula disediakan satu kamera 32MP.

Melalui antaramuka ColorOS 13 yang berasaskan Android 13, OPPO Reno8 t 5G juga menawarkan perlindungan privasi dengan ciri 5-Grade Access Control dan Auto Pixelate. Ia juga mempunyai perlindungan secara fizikal dengan menggunakan kaca terbaja DT-Star2 pada skrin dan juga permukaan belakangnya. Telefon pintar dengan rekaan OPPO Glow ini hadir dengan pilihan warna Sunrise Gold dan Midnight Black.

OPPO Reno8 T

Seterusnya kita lihat pula varian 4G model telefon pintar ini, Reno8 T pula mempunyai ciri yang lebih kurang sama dengan varian 5G dengan sedikit perubahan. Antaranya bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 33W yang boleh dicaskan dari 0% ke 100% dalam tempoh 67 minit. Skrin AMOLED padanya juga sdikit kecil pada ukuran 6.4-inci dengan sokongan kadar penyegaran semula 90Hz.

Kameranya pula menawarkan satu Portrait Camera 100MP yang bergandingan dengan Microlens 2MP, manakala sebelah hadapannya mempunyai kamera 32MP. Potrait Camera berkenaan berkeupayaan melakukan zum 20x dan 40x.

Hanya satu pilihan konfigurasi ditawarkan pada telefon pintar ini iaitu RAM 8GB dan storan 256GB dengan pilihan warna  Midnight Black dan Sunset Orange. Tona warna jingga berkenaan dihasil menggunakan rekaan Fibreglass-Leather yang ditambah baik.

Harga OPPO Reno8 T 5G, OPPO Reno8 T dan OPPO Enco Air3 di Malaysia

OPPO Reno8 T 5G SpecsDi Malaysia, OPPO Reno8 T 5G boleh diambil bermula dari 7 Februari 2023 dengan pilihan warna Sunrise Gold dan Midnight Black pada RM1799. Selain itu, anda yang membuat pra-tempahan OPPO Reno8 T 5G juga akan menerima cenderahati percuma bernilai RM377 yang merangkumi OPPO Enco Buds2.

Tawaran ini juga meliputi waranti perlindungan 1-tahun, dan waranti lanjutan 1-tahun. Pra-tempahan boleh dibuat menerusi My OPPO Space, OPPO Brand Stores, OPPO Official Online Store, platform e-dagang dan wakil pengedar yang sah.

Untuk OPPO Reno8 T, ia hadir dalam pilihan warna Sunset Orange dan Midnight Black pada harga RM1,399. Manakala untuk earbuds OPPO Enco Air3 pula, ia berharga RM249 dan hadir dengan warna putih sahaja. Anda boleh mendapatkan OPPO Reno8 T 4G dan Enco Air3 di pasaran bermula pada 11 Februari 2023.

Tinggalkan komentar