OPPO baru-baru ini telah mengumumkan siri Reno8 5G akan hadir ke pasaran dengan menampilkan pemprosesan NPU MariSilicon X. Telefon pintar ini bukan sekadar menyediakan 4K Ultra Night Video yang sebenar, malah turut dilengkapkan dengan Dual Flagship Sony Camera System dari model terdahulu bagi membawa pengalaman fotografi potret pencahayaan rendah siri Reno8 5G ke peringkat lebih tinggi.
Hingar (noise) seringkali menjadi masalah besar bagi fotografi malam. Bagi mengatasi masalah ini OPPO telah menggunakan algoritma HDR Fusion dan AINR (AI Noise Reduction) untuk membawakan 4K Ultra Night Video ke telefon pintar ini.
Ia seterusnya menjadikan imej lebih jelas 4 kali ganda berbanding video 1080p melalui gabungan NPU MariSilicon X dan cipsetnya.![]()
Bukan itu sahaja, Dual Flagship Camera Sensor yang ditambahbaik ini juga kini dilengkapkan dengan ciri Auto Focus baharu yang bergandingan dengan sensor Sony IMX709. Justeru, membuka era baharu dalam versatiliti pengalaman swafoto dalam pencahayaan rendah dan seterusnya membolehkan pengguna mengambil foto yang lebih jelas dalam keadaan dalam dari pelbagai sudut.
Ikuti maklumat lanjut yang terkini mengenai Siri OPPO Reno8 di .













