Oppo Malaysia hari ini telah mengumumkan Oppo F11 Pro bakal hadir ke pasaran Malaysia pada bulan Mac 2019 ini. Selain itu, Oppo F11 Pro turut dilancarkan secara rasminya di peringkat global pada hari ini.

Telefon pintar terbaru keluaran Oppo ini menawarkan ciri rekaan kamera swafotonya yang boleh dipacul keluar (popup), bersama-sama kamera utamanya yang menyediakan tetapan dwi-kamera dengan gabungan 48MP dan 5MP. Tidak ketinggalan, Oppo F11 Pro turut menyokong fungsi pengecasan pantas VOOC 3.0.

Spesifikasi lengkap telefon pintar ini masih lagi belum diumumkan secara rasmi dan dijangkakan maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi selepas pelancarannya di India pada hari ini.

Tinggalkan komentar