OPPO Malaysia pada hari ini telah mengumumkan OPPO A98 5G akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Bagi memeriahkan ketibaannya, OPPO turut melancarkan peraduan A-Volusi Power OPPO A98 5G bermula dari hari ini sehingga 26 Mei 2023.
Menerusi peraduan ini, peserta berpeluang membawa pulang hadiah menarik dengan mengunjungi hantaran di laman Facebook dan Twitter OPPO Malaysia dan menjawab soalan yang diberikan menerusi ruangan komen.
Hadiah yang ditawarkan berbentuk OPPO Watch dan Band khusus buat pemenang yang bertuah. Anda yang berminat untuk menyertai juga perlu memasukkan tanda pagar #OPPOA98_5G dan #AvolusiKualitiUntukSemua.
OPPO A98 5G dikatakan akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan teknologi pengecasan SUPERVOOC 67W. Ia juga dikatakan menawarkan kamera utama AI 64MP, storan 256GB dan kadar penyegaran semula 120Hz.
Maklumat lanjut, layari laman khusus peraduan A-Volusi dan juga laman pelancaran OPPO A98 5G di OPPO Malaysia.













