Oppo Malaysia telah mendedahkan telefon pintar siri-A terbarunya, Oppo A92. Siri telefon pintar ini merupakan kesinambungan dari A91 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas.
Berdasarkan penemuan yang dibuat oleh laman 91Mobiles di dalam senarai Google Play Console, Oppo A92 mempunyai beberapa persamaan spesifikasi dengan A52.

Oppo A92 menampilkan resolusi 1080 x 2400 dengan nisbah aspek paparan 20:9. Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 665, telefon pintar Oppo terbaru ini mempunyai RAM sehingga 8GB.
Selain dari itu, tidak banyak yang diketahui berkenaan telefon pintar ini terutamanya pada kamera, kapasiti bateri, serta harganya. Dijangkakan maklumat mengenainya bakal hadir lebih terperinci menjelang pelancarannya ke pasaran Malaysia sekitar Mei ini.













