Selepas melancarkan OPPO A5i untuk pasaran tempatan, kini giliran A5i Pro pula membarisi siri telefon pintar harga rahmah ini di Malaysia. Berbanding model standardnya, Pro mempunyai beberapa naik taraf dari segi bateri dan kameranya.
OPPO A5i Pro menampilkan papapran LCD 6.67-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,000 nits. Ia didatangkan dengan penarafan IP65 untuk perlindungan terhadap debu dan air, serta ketahanan hentakan bergred ketenteraan.
Di dalamnya, telefon pintar ini dimuatkan dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 6s Gen 1 bersama-sama RAM 8GB dan storan 256GB. Baterinya pula berkapasiti 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W. Untuk perisian, ia menggunakan Android melalui antaramuka ColorOS 15.
Dari segi pengimejan, disediakan kamera utama 50MP dan kamera berkedalaman 2MP, serta sebuah kamera 5MP di bahagian hadapannya.
OPPO A5i Pro hadir dalam dua pilihan warna iaitu Breeze Blue dan Midnight Purple. Anda yang berminat boleh mendapatkannya di kedai dalam talian rasmi OPPO Malaysia, dan platform dalam seperti talian Shopee, dan Lazada, serta di wakil-wakil pengedar yang sah di seluruh negara. Telefon pintar yang berharga RM799 ini juga boleh dibayar secara ansuran.