Utama Android Nubia Nubia A56 kini rasmi di Malaysia pada harga RM299

Nubia A56 kini rasmi di Malaysia pada harga RM299

229
0

Nubia A56 kini secara rasminya dilancarkan di pasaran Malaysia selepas ia diperkenalkan di pasaran Vietnam pada Jun lalu. Ia didatangkan dengan paparan HD+ 6.75-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz.

‘Otak’ telefon pintar yang menyokong ketersambungan 4.5G atau LTE ini pula menggunakan Unisoc T7200 bersama-sama RAM 4GB sahaja. Memorinya ini boleh diperluaskan secara maya sebanyak 8GB.

Terdapat tiga kamera di bahagian belakangnya dengan kamera utama 13MP dan dua lagi kamera tidak dinyatakan. Kapasiti baterinya pula sebesar 5,000mAh dan untuk sistem operasi menggunakan Android.

Nubia A56 kini boleh didapati pada harga RM299 dengan pilihan warna Celestial Black dan Floating Gold dan boleh didapati di pasaran secara fizikal atau di platform e-dagang Shopee.

Tinggalkan komentar