Pasaran permainan berkomputer secara awanan dilihat kian berkembang menerusi penglibatan Microsoft, Amazon, Google, dan Nvidia. Kini, Netflix bakal menjadi sebuah lagi pemain baharu yang akan menyertai industri ini.
Bloomberg melaporkan Netflix kini sedang mengusahakan permainan berkomputer dapat dimainkan menerusi platform penstrimannya dalam tahun depan.
Dijangkakan, permainan-permainan berkomputer akan muncul bersama-sama judul filem dan rancangan TV di dalam platform tersebut khusus untuk pelanggan Netflix. Dikhabarkan, Netflix tidak akan menaikkan kadar langganan bagi penambahan kandungan ini.
The idea is to offer video games on Netflix’s streaming platform within the next year, according to a person familiar with the situation. The games will appear alongside current fare as a new programming genre — similar to what Netflix did with documentaries or stand-up specials.
Bagi merealisasikan hasrat ini, Netflix telah melantik Mike Verdu yang sebelum ini pernah berkhidmat di Electronic Arts (EA) dan Facebook. Ketika di Facebook, Mike Verdu bertanggungjawab membawakan permainan dan kandungan-kandungan lain ke set kepala VR keluaran Facebook, Oculus.
Sewaktu di EA pula, beliau merupakan antara individu penting yang menaikkan judul seperti Sims, Star Wars dan Plants vs. Zombies. Sebuah bahagian yang menumpukan permainan video ini akan ditubuhkan di Netflix dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.
Sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah judul permainan yang akan ditawarkan dan pada peranti jenis apa.
Imej cover dari GQ













