Rangkaian Kanser Komprehensif Nasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan laman web maklumat perubatan China untuk menerbit dan menterjemah garis panduan konsensus pakar berasaskan bukti untuk penjagaan kanser; yang kini tersedia di nccnchina.org.cn.

PLYMOUTH MEETING, Pennsylvania, 2 November 2022 /PRNewswire/ — National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®)—sebuah pakatan pusat kanser terkemuka di Amerika Syarikat—mengumumkan satu kerjasama baharu dengan Medlive untuk berkongsi Garis Panduan Amalan Klinikal NCCN dalam Onkologi (NCCN Guidelines®) di China melalui nccnchina.org.cn. NCCN Guidelines® merupakan standard yang diiktiraf untuk hala tuju dan dasar klinikal dalam pengurusan kanser serta merupakan garis panduan amalan klinikal yang paling terperinci dan kerap dikemas kini yang tersedia dalam mana-mana bidang perubatan.

NCCN Bekerjasama dengan Medlive untuk Memajukan Khidmat Penjagaan Kanser Berkualiti Tinggi di China dan di Seluruh Dunia

Pustaka semasanya yang mengandungi 84 garis panduan amalan konsensus pakar berasaskan bukti meliputi 97% kes kanser yang dialami pesakit—dengan cadangan rawatan khusus untuk hampir setiap jenis kanser serta penjagaan sokongan dan pencegahan—dan dikemas kini sekurang-kurangnya sekali setahun. Terdapat juga 65 versi garis panduan berfokuskan pesakit untuk para pesakit dan penjaga. Semuanya kini tersedia pada kadar kelajuan muat turun dalam negara yang lebih pantas dengan proses pendaftaran satu langkah, juga tersedia melalui guide.medlive.cn/NCCN pada komputer atau aplikasi Medlive pada telefon pintar. Sumber-sumber ini juga akan diterjemahkan ke dalam bahasa Cina pada masa akan datang.

“Kami komited untuk memastikan penyedia perkhidmatan dan pesakit mempunyai akses kepada garis panduan standard terkini dalam penjagaan kanser di seluruh dunia,” kata Robert W. Carlson, MD, Ketua Pegawai Eksekutif NCCN. “Di NCCN, kami percaya bahawa semua orang di seluruh dunia harus mendapat manfaat daripada pengetahuan yang berkembang pesat tentang cara merawat kanser dengan paling berkesan; dan kami berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk merealisasikannya. Kami berasa bangga dapat bekerjasama dengan Medlive dalam projek penting ini.”

Walaupun NCCN ialah sebuah organisasi yang berpangkalan di A.S., sumber maklumat NCCN boleh diakses dan digunakan di seluruh dunia. Hampir separuh daripada 1.5 juta pengguna berdaftar yang melihat NCCN Guidelines (Garis Panduan NCCN) di NCCN.org atau melalui aplikasi Virtual Library of NCCN Guidelines® (Pustaka Maya Garis Panduan NCCN) adalah pengguna dari luar Amerika Syarikat. China pada masa ini merupakan negara ketiga tertinggi bagi muat turun garis panduan amalan klinikal dengan lebih 400,000 muat turun setiap tahun. Platform untuk garis panduan dalam negara yang baharu ini dijangka akan meningkatkan bilangan tersebut secara signifikan.

“Kami berbesar hati untuk memperkenalkan sebuah platform baharu untuk sumber NCCN di China di sini pada platform Medlive kami yang menyediakan akses yang lebih pantas kepada NCCN Guidelines untuk para doktor,” kata Tian Lixin, Presiden Medlive. “Kerjasama ini akan membantu ahli onkologi di China merujuk NCCN Guidelines yang diiktiraf secara meluas agar semua pesakit boleh menerima rawatan berkualiti tinggi, berkesan dan cekap mengikut standard konsensus pakar berasaskan bukti terkini.”

“Kedua-dua NCCN dan Medlive menyedari kepentingan kerjasama dan pembelajaran bersama ini,” kata Xin Jiangtao, Naib Presiden Medlive. “Kami berasa gembira dapat menggunakan platform ini untuk perkongsian pengetahuan antara golongan ahli onkologi di Asia dan Amerika Syarikat yang seterusnya akan menambah baik penjagaan pesakit di mana-mana sahaja.”

Kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada penyediaan pustaka bahasa Inggeris sepenuhnya bagi NCCN Guidelines pada platform Medlive (sebagai tambahan kepada laman sesawangnya yang telah lama beroperasi di NCCN.org), dengan terjemahan bahasa Cina yang akan menyusul dalam masa terdekat. Laman web baharu yang khusus untuk NCCN pada platform Medlive ini telah diumumkan pada 15 Jun 2022 melalui satu persidangan secara langsung yang dianjurkan oleh Medlive. Siaran penuhnya boleh didapati atas permintaan di class.medlive.cn/class/live/close/68550.

Sila layari NCCN.org/global untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha NCCN untuk meningkatkan hasil rawatan kanser di seluruh dunia. Sertai perbincangan ini dalam talian dengan tanda pagar #NCCNGlobal.

Tentang National Comprehensive Cancer Network
National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®) ialah sebuah pakatan bukan berkeuntungan yang terdiri daripada pusat kanser terkemuka yang dikhususkan untuk penjagaan, penyelidikan dan pendidikan pesakit. NCCN berdedikasi untuk menambah baik dan memudahkan penjagaan kanser yang berkualiti, berkesan, saksama dan boleh diakses supaya semua pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Garis Panduan Amalan Klinikal NCCN dalam Onkologi (NCCN Guidelines®) menyediakan cadangan konsensus pakar berasaskan bukti yang telus untuk rawatan, pencegahan dan perkhidmatan sokongan kanser; ia merupakan standard yang diiktiraf untuk hala tuju dan dasar klinikal dalam pengurusan kanser serta merupakan garis panduan amalan klinikal yang paling terperinci dan kerap dikemas kini yang tersedia dalam mana-mana bidang perubatan. NCCN Guidelines for Patients®menyediakan maklumat rawatan kanser yang pakar untuk memberi maklumat dan memperkasa pesakit dan penjaga melalui sokongan daripada NCCN Foundation®. NCCN juga memajukan pendidikan berterusan, inisiatif global, dasar dan kerjasama penyelidikan serta penerbitan dalam bidang onkologi. Sila layari NCCN.org untuk maklumat lanjut dan ikuti NCCN di Facebook @NCCNorg, Instagram @NCCNorg dan Twitter @NCCN.

Hubungan Media:
Rachel Darwin
267-622-6624
darwin@nccn.org 

Logo – https://mma.prnewswire.com/media/441768/NCCN_Logo.jpg 

Tinggalkan komentar