Utama Android Moto Telefon boleh-lipat Motorola Razr 5G kini di Malaysia; Berharga RM5,999, percuma M7...

Telefon boleh-lipat Motorola Razr 5G kini di Malaysia; Berharga RM5,999, percuma M7 Tablet

795
0

Dilancarkan pada September tahun lalu, telefon pintar boleh lipat Motorola Razr 5G kini di Malaysia dan boleh didapati menerusi kedai dalam talian syarikat induknya, Lenovo.

Model ini merupakan kesinambungan dari Razr moden pertama yang dilancarkan pada awal 2020. Kedua-dua model tersebut berasal-usul dari Razr V3 yang dilancarkan pada 2004.

Telefon pintar boleh lipat Razr generasi kedua ini menawarkan panel paparan OLED 6.2-inci sebagai paparan utamanya. Manakala untuk paparan sebelah luarnya menawarkan paparan 2.7-inci yang juga dinamakan sebagai paparan Quick View.

Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 765G, telefon berkeupayaan 5G ini turut menyediakan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Bagaiamanpun, tiada storan tambahan melalui slot kad mikro SD disediakan.

Razr 5G turut hadir dengan sebuah kamera 48MP pada belakangnya dan sebuah kamera swafoto 20MP di hadapannya. Melengkapkan spesifikasi telefon pintar ini, sebuah bateri berkapasiti 2,800mAh disediakan. Kapasiti yang boleh dianggap kecil pada 2021 ini walaupun menyokong pengecasan pantas 15W.

Harga jualan Razr 5G ditawarkan pada RM5,999 melalui kedai dalam talian rasmi Lenovo Malaysia, di Lazada dan Shopee. Buat masa ini, kedua-dua kedai dalam talian berkenaan menawarkan promosi tablet Lenovo M7 dan pelapik telefon kulit percuma bagi setiap pembelian.

Tinggalkan komentar