Utama Android Moto Motorola Moto Razr (2022) dilancarkan; Hadir dengan Snapdragon 8+ Gen 1, Skrin...

Motorola Moto Razr (2022) dilancarkan; Hadir dengan Snapdragon 8+ Gen 1, Skrin OLED boleh lipat 6.7-inci

765
0
Motorola Moto Razr 2022

Motorola telah melancarkan Moto Razr 2022, telefon pintar boleh lipat baharu dari Motorola ini menawarkan penambahbaikan pada paparan, sistem dwi-kameranya dan juga penggunaan cipset mercu baharu, Snapdragon 8+ Gen 1.

Skrinnya berukuran panjang pepenjuru 6.7-inci, sama dengan keluarannya yang terdahulu. Namun, untuk ciri-ciri lain pelbagai penambahbaikan telah dimuatkan ke dalam telefon pintar ini.

Antaranya panel OLED baharu yang mempunyai engsel lebih baik yang membengkok ke dalam bentuk buah pear bagi membolehkannya ditutup dengan kemas apabila dilipat. Skrinnya ini juga menyokong HDR10+ dengan kadar penyegaran semula 144Hz. Tiada lagi takuk janggal seperti model sebelumnya dan paparan berpenebuk lubangnya kini menempatkan kamera hadapan 32MP.

Sistem dwi-kamera pada bahagian belakangnya juga boleh digunakan untuk swafoto melalui penggunaan skrin luaran OLED 2.7-inci yang disediakan. Kamera utama ini mengandungi sebuah sensor 50MP 1/1.55″ dengan OIS dan sensor ultra-lebar 13MP yang mampu mengambil imej bersudut 121°. Kamera pada Motorola Razr 2022 ini turut menyokong tangkapan foto dalam format RAW.

Dua buah model Moto Razr sebelum ini menggunakan Snapdragon siri 7xx dan berbeza pada kali ini, Motorola mula menggunakan cipset mercu baharu pada telefon pintar boleh lipat keluarannya.Motorola Moto Razr 2022 KV

Selain itu, telefon pintar ini juga menawarkan antaramuka MyUI 4.0 yang turut menawarkan sokongan yang membolehkan sesetengah aplikasi digunakan pada skrin luaran. Turut disediakan dwi-pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos dan pemalapan DC.

Motorola Moto Razr 2022 kini suda mula membuka pra-tempahannya di China dan hanya ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Hitam. Harganya pula ditawarkan pada CNY5,999 (~RM3,955) untuk pilihan 8/128 GB, CNY6,499 (~RM4,288) untuk pilihan 8/256 GB, dan CNY7,299 (~RM4,822) untuk pilihan 12/512GB.

Tinggalkan komentar