MIMOS Berhad telah mengumumkan Hab Maklumat COVID-19 Malaysia, MyC19. Ia merupakan sistem penganalisa berasaskan AI bertujuan melaksanakan analisis sentimen pandangan orang ramai berkenaan impak pandemik ini.
Pengguna boleh mendapatkan apa jua maklumat yang diperlukan berkaitan wabak pandemik ini dari aplikasi webnya. MyC19 juga menawarkan maklumat seperti kemaskini terbaru dari Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain dari sebilangan berita dan artikel berkaitan COVID-19 boleh ditemukan di dalamnya, anda juga boleh melihat sentimen semasa orang ramai.
Menurut MIMOS, aplikasi tersebut mengaggregat maklumat tentang perkembangan wabak penyakit ini di Malaysia. Justeru, mempermudahkan sektor-sektor dan komuniti yang terlibat melakukan persiapan.
MyC19 berfungsi dengan menggunakan bot-bot berasaskan AI untuk mengumpulkan maklumat dari laman-laman berita, media sosial, data pemetaan perubatan dan pelbagai laman khusus COVID-19.
Usaha pembangunan MyC19 dilaksanakan secara usahasama di antara MIMOS, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Layari laman MyC19 untuk maklumat lanjut.













