Microsoft kini telah mengumumkan Surface Pro versi LTE Advanced akan dilancarkan tidak lama lagi. Tarikh pelancaran peranti berkenaan diumumkan oleh Timbalan Presiden Korporat Bahagian Peranti Microsoft, Panos Panay bersempena acara Microsoft Future Decoded di Lonodn baru-baru ini.

Surface Pro model unik ini bakal dilengkapi dengan modem Qualcomm Snapdragon X16. Menurut pihak Microsoft, versi ini mampu menyokong sehingga 20 jenis jalur selular di serata dunia.

Juga, peranti ini mampu menyokong kelajuan memuat turun sehingga 450Mbps. Dikuasakan oleh Intel Core i5, ia boleh didapati dalam dua pilihan model, iaitu RAM 4GB dan SSD 128GB atau RAM 8GB dengan storan 256GB.

Pada harga USD 1149 (lebih kurang RM 4865) dan USD 1449 (lebih kurang RM 6135) tiap satunya, Surface Pro dengan LTE Advanced akan ditawarkan kepada pengguna-pengguna perusahaan bermula 1 Disember ini. Tiada sebarang ketetapan tarikh diumumkan untuk pengguna-pengguna umum dan setakat ini, masih belum diketahui bilakah peranti ini akan hadir di pasaran Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

Tinggalkan komentar