Tahun lalu, Microsoft telah mula mengemaskini rekaan ikon-ikon aplikasi terbina dalam pada Windows 10. Sejak dari itu, Microsoft terus mengemaskini hampir seluruh ikon di dalamnya.
Antaranya termasuklah ikon untuk Windows Security, Narrator dan yang terkini Notepad. Baru-baru ini, Microsoft telah menerbitkan ikon-ikon Fluent untuk folder-folder seperti Desktop, Documents, Downloads, dan Pictures.
Di dalam kemaskini Windows 10 Sun Valley (21H2) yang akan datang, Microsoft akan mengemaskini lebih banyak ikon-ikon lama.
Perubahan terbaru ini pastinya memberikan rupa bentuk yang lebih segar dan sesuai dengan keadaan semasa. Lagipun, ikon-ikon berkenaan tidak banyak berubah untuk berdekad lamanya.
Apa pandangan anda tentang perubahan terbaru pada rupa bentuk ikon di dalam Windows 10 ini?













