Microsoft telah pun mendedahkan ikon-ikon terbarunya untuk perisian-perisian Office pada tahun lepas dan sudah mula diketemukan oleh sebahagian besar penggunanya. Cumanya, ikon untuk fail-fail yang boleh juga dibuka di dalam aplikasi Microsoft Office masih lagi belum diumumkan.

Bagaimanapun, baru-baru ini salah seorang kakitangan Microsoft yang berkhidmat di dalam bahagian pembangunan Outlook telah berkongsikan sebuah video ringkas mengenai ikon terbaru berkenaan melalui Twitter.

Ikon-ikon untuk fail Word, Excel, PowerPoint, dan OneNote berkongsikan elemen visual yang hampir sama dengan ikon aplikasi-aplikasi berkenaan.

Bersama-sama ikon untuk fail-fail berkaitan Office, video berkenaan turut memaparkan ikon untuk jenis-jenis fail lain seperti imej, audio dan video. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam cicipan berkenaan, ikon-ikon berkenaan akan digunakan di dalam aplikasi Outlook dan aplikasi mudah alih OneDrive.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada ianya bakal digunakan pada Windows 10.

Tinggalkan komentar