Microsoft baru-baru ini telah membaiki masalah ralat di dalam Windows 10 yang menyebabkan isipadu storan NTFS menjadi rosak. Terutamanya apabila sesebuah laluan atau sesebuah fail tertentu dibuka.

Ralat ini pertama kali dilaporkan oleh BleepingComputer dan apa yang membuatkan ralat ini merbahaya adalah kod di dalamnya boleh tersorok pada pelbagai jenis fail. Antaranya termasuklah arkib ZIP, fail kelompok, dan juga ikon pintasan Windows.

Bagaimanapun, pembaikan ini hanya boleh didapati pada Windows 10 Insider Build (21322), melalui saluran Pembangunan Microsoft. Jika pengguna sudah memuat turun kemaskini pembaikan ini di dalam Insider Build, laluan ke fail bermasalah berkenaan jika diakses akan mendapat mesej “The directory name is invalid”.

Setakat ini Microsoft tidak menyatakan rancangannya untuk meluncurkan kemaskini kritikal tersebut. Kemungkinan ianya bakal hadir pada kemaskini pada bulan berikut atau pada kemaskini besar Windows 10 versi berikutnya.

Tinggalkan komentar