Tahun ini boleh dikatakan sebagai ‘tahun peranti boleh-lipat’ apabila pengeluar-pengeluar peranti utama di seluruh dunia mengumumkan pengeluaran peranti boleh-lipat masing-masing. Bagaimanapun, kehangatan perlumbaan pengeluaran peranti boleh-lipat kelihatan sedikit terbantut apabila keluar laporan mengenai masalah yang timbul pada unit-unit percubaan peranti boleh lipat Samsung Galaxy Fold.
Unit-unit percubaan yang dikirimkan oleh syarikat Korea berkenaan didapati bermasalah apabila dilaporkan skrinnya mudah retak akibat mekanisme lipatannya. Seterusnya menangguhkan tarikh pelancarannya ke satu tarikh yang belum dapat ditentukan lagi.
Perkembangan ini juga menyebabkan Huawei menangguhkan pelancaran telefon pintar boleh lipat keluarannya, Mate X. Hal ini turut dipengaruhi oleh ketidaktentuan Huawei terhadap penggunaan Android di masa hadapan.
Bagaimanapun, Microsoft tidak semena-mena cuba memasuki ‘jemaah peranti boleh-lipat’ dengan mengumumkan laptop boleh-lipat Microsoft Surface. Laptop ini lebih mirip kepada ciri sebuah tablet, sungguhpun menggunakan Windows 10. Selain dari boleh-lipat, laptop ini juga dilaporkan mampu menjalankan aplikasi-aplikasi Android padanya.
Terdapat desas-desus lain yang mengatakan laptop ini boleh diubah menjadi peranti 9-inci dan dijangka bakal tiba pada tahun 2020 nanti. Imej pengolokan peranti tablet/laptop/telefon ini kelihatan seperti Apple iPad Pro, bersama-sama paparan tanpa bingkainya.
Laptop ini juga bagaimanapun dilihat boleh dilipat keluar, memungkinkan satu kecanggungan bagi sesebuah laptop yang biasanya dilipatkan ke dalam.
Sumber berita diperoleh dari BGR













