Peraturan terbaru berkaitan kenderaan elektrik mewajibkan supaya kenderaan elektrik perlu mengeluarkan bunyi buatan. Ia bertujuan bagi menjadikan kenderaan tersebut tidak terlalu senyap dan pengguna jalan raya yang lain peka dengan kehadirannya. 

Sebahagian pengeluar kenderaan elektrik menyambut baik peraturan baru ini dengan syarikat pengeluar seperti Nissan menggunakan kesempatan ini sebagai satu gimik pemasaran. Mercedes-AMG pula tidak kurang hebat dalam memasarkan produknya dengan menjalinkan usahasama dengan kugiran rock moden popular, Linkin Park.

Menurut CEO Mercedes-AMG, Tobias Moers, penggunaan bunyi yang bagus dapat membentuk emosi pengguna, justeru dapat meningkatkan hasil jualan kenderaan elektrik berkenaan. Oleh itu, usahasama ini bakal menghasilkan bunyi buatan unik bagi menarik minat pembeli.

Selain dari Linkin Park, Mercedes-AMG turut bekerjasama dengan pakar-pakar audio lain dalam menghasilkan bunyi buatan yang unik khusus untuk kenderaan elektrik keluarannya. Tidak dapat dipastikan, pada bahagian mana kepakaran Linkin Park digunakan untuk penghasilan bunyi tiruan ini.

Sumber berita diperoleh dari Wheels

Tinggalkan komentar