Bulan lepas, Maxis, Digi, U Mobile dan Celcom secara bersama menyatakan telah menghantar cadangan pelaksanaan Dwi Rangkaian Borong (DWN) untuk 5G di Malaysia.
Lanjutan daripada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa memaklumkan pihak kementeriannya bersama-sama Kementerian Kewangan akan membentangkan memorandum Jemaah Kabinet bagi menyelesaikan isu 5G tersebut.
Sebelum ini, memorandum berkenaan dijangka akan dibentangkan pada minggu pertama bulan Mac. Namun, menerusi maklumat terkini, menteri berkenaan telah menyatakan tarikh pembentangannya akan dilakukan pada 11 Mac ini.
KKMM dan MOF telah melengkapkan siri "engagement" dgn pelbagai pihak mengenai roll out 5G.Memorandum Jemaah Menteri telah di siapkan dan di serah kpd Sekretariat. Ia dijangka di bawa pada 11hb mac utk keputusan.Semua pihak di minta tidak membuat spekulasi mengenainya. pic.twitter.com/ZBjjE7eNqZ
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 3, 2022
Keempat-keempat syarikat telekomunikasi terbesar negara dilihat lebih cenderung melaksanakan rangkaian 5G menerusi Dwi Rangkaian Borong (DWN) berbanding Rangkaian Borong Tunggal (SWN) seperti yang dilaksanakan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) pada ketika ini.
Berdasarkan laporan awal sebelum ini, kelebihan model DWN mampu memastikan pelaksanaan rangkaian 5G yang lebih pantas, disamping mampu menawarkan perkhidmatan yang lebih kompetitif antara penyedia-penyedia perkhidmatan.
Sementara itu, hanya YTL Communication yang menawarkan rangkaian 5G di Malaysia menerusi DNB. Manakala TM yang telah menandatangani perjanjian dengan DNB masih lagi menjalankan pengujian di peringkat dalaman.













