[Kemaskini: jam 6.59 petang, 25 April 2022] Kira-kira jam 1.40 petang tadi, Maybank telah mengeluarkan satu kenyataan media yang memaklumkan mengenai punca masalah teknikal yang dihadapi oleh perkhidmatan dalam talian dan kad debit bank tersebut.
Menurut Maybank, pihaknya sedang mengalami peningkatan jumlah trafik yang mendadak hingga mengakibatkan gangguan pada perkhidmatannya.
“Owing to unprecedented high traffic volumes across our platforms, our services on the Maybank2u web, M2U App, MAE App, and Debit card usage began to experience slowness starting from 9am today. We are working on resolving and restoring services as soon as possible. Please be assured that your account balances and details remain intact and secure with us.
We apologise to all affected customers for the inconvenience caused from this disruption. We appreciate the understanding and patience of our customers and will continue to update them periodically via Maybank’s official social media and M2U platforms.”
Sekitar pagi tadi, pengguna-pengguna Maybank yang menggunakan perkhidmatan Maybank2U dan aplikasi MAE dilaporkan sedang menghadapi masalah untuk mengakses.
Selain dari masalah tersebut, Maybank turut memaklumkan perkhidmatan kad debitnya juga mengalami masalah pada jam 12 tengah hari. Pada jam 1.26 petang pula, Maybank berdepan dengan satu lagi masalah apabila perkhidmatan PayNet FPX juga menghadapi masalah untuk diakses.
Perkara ini telah disahkan oleh pihak Maybank dan tindakan sewajarnya berkenaan masalah ini sedang diambil. Rata-rata pengguna yang menghadapi masalah berkenaan mengatakan baki akaun masing-masing tidak ditunjukkan dan ditandakan dengan ‘-‘.
Ada juga sebahagian pengguna yang mengatakan akses ke perkhidmatan tersebut menjadi perlahan berbanding pada kebiasaannya apabila memuatkannya.
#MBBAlert Dear valued customers,
Kindly be informed that we are currently experiencing intermittent slowness on MAE app, M2U MY app and Maybank2u web.
(1/2)
— Maybank (@MyMaybank) April 25, 2022
Sistem dilaporkan mula kembali pulih sekitar jam 3.20 petang apabila Maybank mengumumkan penggunanya sudah boleh menggunakan perkhidmatan Maybank2U menerusi laman web dan juga aplikasi M2U MY. Akses ke perkhidmatan kad debit Maybank dan FPX pula mula kembali pulih bermula dari jam 5.12 petang. Manakala aplikasi MAE pula kembali dalam talian pada jam 6.35 petang.













