Menjelang aktiviti jualan 12.12 yang akan berlangsung tidak lama lagi, Seperti biasa, Maybank akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan hariannya setengah jam lebih awal berbanding hari biasa.

Kerja-kerja ini perlu dilakukan bagi membolehkan pengguna menikmati promosi membeli-belah 12.12 dengan lebih lancar. Untuk sesi kali ini, Maybank tidak dapat diakses oleh pengguna sementara waktu bermula dari jam 11.30pm sehingga 11.59pm pada 11 Disember 2022 (Ahad).

Beberapa perkhidmatan tidak dapat digunakan dalam tempoh anggaran setengah jam tersebut, seperti:

  • Aplikasi Maybank2u, MAE, QRPayBiz dan Wealth
  • Pembayaran FPX Online
  • Transaksi Kad Debit
  • Mesin layan diri (ATM, Mesin Deposit Tunai & Cek)

Untuk itu, anda dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti transaksi dalam sepanjang tempoh tersebut. Waktu promosi jualan dalam talian sememangnya dijangka akan memperlihatkan jumlah trafik yang tinggi dari pengguna.

Ini bukanlah kali pertama pihak Maybank menjalankan penyelenggaraan harian pada waktu yang diawalkan. Sebelum ini Maybank pernah melakukannya seperti ketika promosi jualan dalam talian 11.11 yang diadakan baru-baru ini.

Tinggalkan komentar