Menjelang sambutan Hari Raya yang menjelang tiba, Maybank akan membekalkan ATM-ATM terpilih di seluruh negara dengan not-not kecil RM10 dan RM50. Digelar sebagai ATM Raya, pemberian not kecil ini dikhususkan bagi pengguna yang inginkan duit kecil untuk dijadikan sebagai duit raya.

Kesemua ATM Raya ini akan disediakan di 70 cawangan di seluruh negara bermula dari 21 April sehingga 4 Mei 2022. Bagaimanapun, hanaya sebilangan yang akan mengeluarkan kedua-dua jenis not, dengan kebanyakannya akan mengeluarkan sama ada not RM10 atau RM50 sahaja.

Maybank turut mengeluarkan senarai ATM-ATM yang mengeluarkan not berkenaan berdasarkan lokasi masing-masing. Oleh itu, anda boleh membuat semakan menerusi senarai berkenaan.

Dalam pada masa yang sama, anda juga boleh menggunakan perbankan atas talian atau e-dompet memandangkan penerimaan kaedah tersebut yang kian meluas. Mungkin anda boleh mencuba perkhidmatan seperti QR DuitNow dan Pemindahan DuitNow untuk memberi duit raya kepada anak-anak kecil kenalan, jiran dan saudara mara anda di Hari Raya nanti. Bagi pengguna Maybank, anda mungkin boleh mencuba e-Duit Raya menerusi aplikasi MAE.

 

Tinggalkan komentar