Maybank telah mengumumkan akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pada Selasa, 6 Julai 2021. Tempoh yang diperlukan adalah selama 29 minit dari 11.30 malam hingga 11.59 malam.

Antara perkhidmatan yang terlibat adalah Maybank2u, aplikasi MAE, aplikasi QRPayBiz dan Wealth App.

Selain itu, perkhidmatan seperti Pembayaran Dalam Talian FPX, transaksi kad Debit, dan juga mesin layan diri merangkumi ATM, deposit tunai, dan deposit cek juga akan diselenggara dalam tempoh berkenaan. Pastikan anda melakukan transaksi sebelum tempoh penyelenggaraan berkenaan.

Anda boleh menghubungi pihak Maybank menerusi emel, mgcc@maybank.com jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai gangguan ini.

Tinggalkan komentar