OPPO telah mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat telekomunikasi tempatan, Maxis untuk menawarkan OPPO Reno7 5G baharu kepada pelanggannya. Anda kini boleh memiliki OPPO Reno7 5G pada harga serendah RM45 sebulan melalui pelan Maxis Zerolution.
Pelanggan Maxis Postpaid 98 melalui pelan Zerolution 36 bulan kini boleh memiliki OPPO Reno7 5G dengan hanya RM45 sebulan. Manakala OPPO Reno7 Pro pula pada harga RM80 sebulan. Kedua-dua pilihan peranti di dalam pelan ini turut didatangkan bersama-sama data 50GB sebulan.
Selain itu, pelanggan yang mendaftar untuk mendapatkan pelan ini juga akan disediakan perlindungan Maxis SafeDevice selama tiga bulan percuma dari Maxis.
Telefon yang diberikan jolokan sebagai Portrait Expert ini, kamera baharu yang dipertingkatkan pada OPPO Reno7 5G mampu memberikan kesempurnaan dalam pengambilan foto potret. Antara ciri menarik yang disediakan melalui fotografi OPPO Reno7 5G ini termasuklah Portrait Mode, Bokeh Flare Portrait Video dan banyak lagi.
OPPO Reno7 Pro 5G pula didatangkan bersama-sama perkakasan tambahan iaitu sistem kamera potret mercu berkembar melalui IMX709 dan IMX706. Anda dapat meningkatkan mutu fotografi mudah alih anda melaui telefon pintar OPPO terbaru ini termasuk di dalam keadaan kurang pencahayaan.
Maklumat lanjut mengenai tawaran OPPO Reno7 5G melalui pelan Maxis Zerolution, kunjungi laman web rasmi Maxis.
Maklumat lanjut mengenai pelbagai produk OPPO pula adalah seperti berikut:
| OPPO Official Website: | www.oppo.com/my/ |
| OPPO Official Facebook Page: | https://www.facebook.com/malaysiaoppo/ |
| OPPO Official Online Store: | https://www.oppo.com.my/page/online-store |
| OPPO Official Lazada Store: | |
| OPPO Official Shopee Store: |













