Proses pembelajaran aku waktu di zaman persekolahan berjalan normal sehinggalah aku melangkah masuk ke sekolah teknik. Aku terpilih untuk masuk ke SMT Ipoh yang boleh dikirakan agak elit berbanding sekolah-sekolah teknik lain. Tambahan pula, sekolah teknik aku ni, memang pure aliran teknikal dan tiada jurusan-jurusan vokasional ditawarkan sejak dari tarikh penubuhannya.

So, ada la sesetengah cikgu kat sekolah aku ni macam ada eksyen sikit dengan status sekolah aku ni.

Masuk sekolah yang ada status ni macam ada culture shock sikit kat aku. Aku tak dapat nak biasakan diri. Aku punya study drop sebab tak boleh nak fokus. Suasana yang benar-benar berlainan berbanding sekolah lama aku.

Sebelum ni, sekolah lama aku memang dikategorikan sebagai sekolah yang bermasalah dengan rekod ponteng antara yang tertinggi di daerah Kinta. Sekolah lama aku tu dijadikan sebagai tempat ‘buangan’. Mana-mana pelajar yang bermasalah di sekolah lain sekitar Ipoh akan dihantar masuk ke sekolah aku.

Ibaratnya seperti Henry Gurney cuma pada skala yang lebih soft. Gaduh tiap-tiap lepas waktu sekolah tuĀ toksah cerita la. Tiap-tiap kali waktu balik sekolah mesti ada je yang bertumbuk kat depan pagar. Cuma waktu tu belum sampai report polis dan juga record masuk dalam Youtube je lagi.

Barai-barai sekolah tu pun, cikgu-cikgunya masih ramai jenis yang betul-betul penyabar. Advantage pada budak-budak yang tak buat hal macam aku ni, sure dapat perhatian penuh. Lembab macam mana nak faham pun, mesti akan dapat guide punya.

Result PMR aku dapat 5A tu pun banyak dipengaruhi persekitaran dan cikgu-cikgu yang mengajar aku. Beria-ia aku study semata-mata nak keluar dari sekolah ‘samseng’ tu. Kononnya, bila dapat masuk sekolah yang bagus-bagus ni, bolehlah time SPM nanti dapat result gempak.

Alih-alih result barai juga sebab tak dapat nak sesuaikan diri kat sekolah yang bagus tu.

Sekolah je la yang bagus. Diri aku sendiri takda la bagus mana pun.

19 KOMEN

  1. Kdg2 sekolah yg bagus diukur dari pencapaian keseluruhan murid. Mungkin kurang sentuhan peribadi dari hati seorang guru yg ikhlas kpd anak murid yg nak menimba ilmu. Siapa yg tak ingin diterima masuk ke sekolah pandai ni kan. Tapi tulah.. bila dah ramai sgt yg pandai.. kita kena pandai2kan diri sendiri hehee.. šŸ˜€

  2. Aku pun rasa kalau hang stay je ngan skolah “separa samseng” hang tu dulu, result spm hang kemungkinan besar tak akan jadi barai… sekolah yang elite tak menjamin result yang best, apa yang penting adalah keselesaan suasana untuk belajar, yang mana ianya berbeza mengikut individu. Personally, aku lebih suka sekolah harian biasa (yang multiracial n mixed gender) berbanding sekolah berasrama penuh atau mana2 sekolah elite yg lain, sebab sekolah harian biasa yang aku maksudkan tu lebih menggambarkan situasi dan reality masyarakat yang sememangnya ada macam2 jenis orang, bukan satu kelompok tertentu saja… bila dah keluar sekolah nanti, takde la nak heran sangat bila masuk uni atau terus kerja kat mana2, well… tu pendapat aku je la, my 2 cents ^^

  3. Pada kakaklah environment sekolah memang membawa peranan kejayaan seseorg pelajar. Sekolah yg baik juga biasanya dpt melahirkan pelajar yg cemerlang. Tapi tak semesti sekolah yg di dlm kategori ‘sekolah bermasalah’ tidak boleh melahirkan pelajar cemerlang. Perubahan mendadak pada seseorg murid itu yg boleh menjejaskan prestasi pelajaran budak cemerlang (contohnya Sylarius ini) mungkin kalau di sekolah lama lebih cemerlang. Kalaulah mungkin di sekolah baru 9A mungkin di sekolah lama boleh dpt 11A. Sebab dah immune dgn keadaan sekolah yg dari umur 13 tahun dilalui. Kalau tak mana mungkin dpt 5A masa PMR.. (kira oklah sebab kata sekolah tu jenis yg bermasalah).

  4. teringat sekolah niesa pun antara sekolah yg byk masalah..setiap hari boleh tgk filem aksi..kdg2 dr dlm kelas tingkat 3 boleh nampak pergaduhan beramai2..pernah masuk kes polis jugak..student ganas2..tp disebalik masalah tu ramai gak student yg mengharumkan nama sekolah..hehe..eh,tercerita jugak plak kt sini..heee

  5. sekolah bagus tu kiranya peluang bagi budak2 nak belajar sbb tenaga pengajar mesti akan usaha sebaik mungkin untuk tgok anak2 didik dia berjaya cemerlang.. untung la dpt masuk skolah bagus..saya x merasa sekolah elit, SBP bagai…sekolah biasa pn jadilah asalkan niat nak belajar utk maju dlm hidup tu ada..:-)

  6. sekolah yang bagus bukan semua budak2 boleh masuk dengan cara pembelajaran nya..teringat masa form 3 ,saya yang awal nya dok kelas 2 D tetiba naik form 3 masuk kelas A.susah sangat nak sesuai kan diri dengan cara diaorang belajar.sampai stress pelajaran memang tergolek3 jatuh.ujian mesti no last dalam kelas..hahaha

Tinggalkan komentar