Pelanggan-pelanggan Astro di seluruh negara dilaporkan mengalami masalah gangguan perkhidmatan berikutan tidak dapat mengakses sebahagian saluran yang disediakan.
Gangguan tersebut telah berlangsung selama beberapa jam yang lepas dan tiada tanda-tanda ianya akan pulih dalam masa yang terdekat ini.
Buat masa ini, paparan skrin di kaca televisyen pelanggan hanya memaparkan notifikasi ralat “Signal Unavailable” yang biasanya muncul jika berlaku hujan. Bagaimanapun, notifikasi ralat ini dipaparkan walaupun cuaca hari ini cerah terang benderang tanpa sekelumit hujan pun.
Some of our customers may not be able to access selected channels due to technical issues. Kindly be patient as we are in progress to resolve this issue. (1/2)
— Astro (@astroonline) June 21, 2021
Pihak Astro mula mengeluarkan kenyataannya buat pertama kali mengenai isu ini pada jam 2:58 petang tadi di Twitter. Pada waktu itu, punca masalah ini tidak diterangkan dan hanya menyatakan ianya berkaitan dengan masalah teknikal. Hanya melalui kenyataan kedua pada jam 6:06 petang tadi, Astro ada menyatakan masalah ini disebabkan oleh gangguan pada satelit.
Astro regrets to advise that our satellite provider experienced an outage this afternoon. We are working to address this issue. We have recovered most of the affected channels and are now in the process of restoring the remaining channels as soon as possible. (1/2)
— Astro (@astroonline) June 21, 2021
Ini secara tidak langsung menjelaskan mengapa masalah ralat “Signal Unavailable” muncul secara tiba-tiba. Namun, tidak memberi kesan terhadap pelanggan Astro IPTV dan pengguna Astro Go.













