Kebangggaan masyarakat Melayu hari ini secara umumnya adalah diantaranya apabila mampu menyelenggarakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Majlis sebegini tentunya menelan belanja yang amat besar dan tentunya mahar bagi pengantin perempuannya pula diletakkan pada harga yang tinggi supaya sepadan dengan taraf kebesaran majlis perkahwinannya.
Hal ini tentunya akan membebankan majoriti calon pengantin lelaki di Malaysia kerana 78.6% daripada jumlah pekerja di Malaysia ini adalah berpendapatan di bawah RM3,000. Pada kebiasaannya, anak-anak muda ini akan berhutang untuk menampung belanja majlis perkahwinan mereka. Rata-rata kos belanja lengkap majlis perkahwinan pada masa ini adalah pada sekitar RM20,000. Bagi yang berkeinginan mengadakan majlis untuk kedua-dua belah pihak, pengantin lelaki dan pengantin perempuan, nilai belanja tersebut akan digandakan.
Tanda keberkatan seseorang wanita itu adalah pada maharnya yang murah, berhati qana’ah dan bersikap sederhana dalam majlis walimahnya.
-Sumber imej bunga manggar DIY diperoleh dari Blog Hazlynda
Nota: Maaf, aku tidak dapat membalas kunjungan (blogwalking) para penulis-penulis blog pada kadar yang segera lantaran kelajuan broadband aku telah pun disekat kerana telah melebihi had bandwidth. Aku akan blogwalking juga, tapi lambat sikit la.















Soalan mampukah tu ada dua jawapan, YA dan TIDAK. Tidak mampu boleh jadi mampu tiba2 bila diri (biasanya mak bapak) rasa tercabar dan ingin bersaing dengan orang lain.
betul aku setuju. mampu untuk bersederhana tapi mampukah memasing menahan diri dari mendengar kata-cucuk orang lain?
kalau mampu apa salahnya..kalau sengaja nak berlebihan mmg saja cari pasal
kawin buat majlis macma nak mengalahkan orang vvvvip hee…sabar jelah.risau depa ini hutang ker atau itu kepuasan hati semata-mata.padahal dalam islam suruh kita bersederhana
Ikut Islam…jangan ikut adat..
majlis perkahwinan x perlu grand2 pun sbnr nyer. janji dpt jamu tetamu. tp tu la mentaliti org zaman sekarang. yg paling haru bila berbelanja melebihi kemampuan sampai kena berhutang.
Betul tu… Islam mengajarkan kesederhanaan.. Yang penting adalah Tujuan iaitu melaksanakan tuntutan syariat..
tepok poket tanya selera..
nie sebenarnya satu isu yang menarik tapi subjektif..kekadang pihak pengantin memang berniat untuk berserhana tapi faktor sekeliling kekadang membantutkan idea itu atas alasan, perkhawinan hanya sekali..
Regards,
-Strider-
sebenarnya mampu dan boleh …ianya terpulang pada kita 🙂
melayu memang mampu dari segi bab yang ni. tapi apalah erti kemampuan itu kalau semua tu cuma guna duit pinjaman. akhirnya pasangan juga yang tak mampu membayar hutang.
semuanya kena ikut keadaan poket..tapi lebih elok bersederhana kan 🙂
ika pun nak majlis ika nanti sederhana, ika tak nak membebankan tunang,
ika lebih utamakan ijab kabul tu sebenarnya, halal hubungan yang paling penting,
majlis besar2an, belanja terlalu mahal, tapi akan datang tak bahagia tak guna juga kan?
Hmm. Subjektif. Kalau diri sendiri, lebih baik bersederhana dan lebih suka begitu. Kalau org lain tu, hak dia lah. Siapa kita nak menilai kehendak dia. Huhu
besederhana itu yang terbaik.. perkahwinan bukan untuk hidup sehari dua, tapi sehingga hujung nyawa..
aiza pun baru malam berkesempatan singgah.. sibuk di hujung minggu..