Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah hadir dengan satu penjelasan lanjut mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengenai kualiti internet di Malaysia.Internet Slow

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, rakyat Malaysia memilih internet yang berkelajuan rendah adalah disebabkan oleh kurangnya kandungan yang menarik di internet.

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada awal minggu ini telah menyebut bahawa rakyat Malaysia cenderung untuk memilih internet yang lebih rendah adalah atas faktor harga.

Berdasarkan kepada kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan ini, ia dilihat seolah-olah SKMM menganggap orang ramai memilih internet pakej murah disebabkan tidak banyak perkara yang menarik di internet.

“Kurangnya kandungan dan aplikasi atas talian yang menarik, mungkin menjadi antara faktor penyumbang keadaan ini. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan capaian perkhidmatan digital disebar luas merangkumi pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan dan platform pembayaran atas talian untuk memacu permintaan untuk akses jalur lebar berkelajuan tinggi (The lack of compelling content and online applications may be a contributing factor. It is therefore also equally important to ensure widespread availability of digital services in various areas such as education, health and online payment platforms to drive demand for high speed broadband).

“Dengan adanya permintaan yang tinggi, pembekal perkhidmatan akan mempunyai alasan kukuh bagi meningkatkan infrastruktur dan mengurangkan harga perkhidmatan mereka (With more demand, service providers will have commercial reasons to improve their infrastructure and lower their prices,)” ujar kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh SKMM.

Sehubungan itu, SKMM turut menyatakan bahawa pihak mereka sedang giat melakukan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet (internet service provider, ISP) bagi mengurangkan kos internet jalur lebar berkelajuan tinggi di Malaysia.

-Sumber berita diperoleh dari The Star, Imej dari Apartment Guide

Tinggalkan komentar