Papan kekunci khusus untuk iPad Pro, Apple Magic Keyboard kini hadir menemui pengguna-pengguna di Malaysia. Magic Keyboard untuk iPad Pro ini boleh dipesan melalui laman Apple Malaysia.
Tarikan utama Magic Keyboard adalah pada cagaknya (mount) yang tergantung. Selain itu, papan kekunci bersaiz penuh ini turut didatangkan bersama pad penjejak (trackpad). Magic Keyboard juga boleh dijadikan sebagai bekas pelindung dengan memasukkan iPad Pro ke dalamnya.
Harga bagi Magic Keyboard untuk iPad Pro 11-inci adalah pada RM1,349. Manakala untuk saiz yang lebih besar pula iaitu iPad Pro 12.9-inci pula, harganya adalah RM1,549. Pengguna iPad Pro model tahun 2018 juga boleh menggunakan Magic Keyboard.
Maklumat lanjut mengenai Magic Keyboard untuk iPad Pro boleh didapati menerusi laman web rasmi Apple Malaysia.













