Lanjutan dari pengumuman di acara Apple “One More Thing sebulan lalu, Apple telah mula menerima tempahan bagi MacBook Air 13-inci dengan cip Apple M1 di Malaysia hari ini.

Pengguna-pengguna di Malaysia juga boleh mendapatkan peranti dengan Apple M1 lain termasuklah MacBook Pro 13-inci dan Mac Mini.

Pada harga RM4,399, MacBook Air M1 hadir dengan memori disatukan 8GB, GPU 7-teras dan pemacu keadaan pejal (SSD) 256GB. Pengguna juga boleh mendapatkan variasi lain iaitu memori disatukan 16GB, GPU 8 teras dan SSD 2TB pada harga maksimumnya, RM8,599.

Bagi 13-inch MacBook Pro M1 pula, ianya hadir dengan standard GPU 8-teras. Model asas ini hadir dengan RAM 8GB dan SSD 256GB pada harga RM 5,599. Manakala untuk variasi RAM 16GB dan SSD 2TB pula, ianya dijual dengan harga RM 9599.

Untuk Mac Mini M1 pula, ia menawarkan model asas dengan RAM 8GB, dan 256GB SSD pada harga RM2,999. Model ini turut menawarkan variasi lain setinggi RAM 16GB dan SSD 2TB pada harga RM6,999.

Boleh didapati secara dalam talian melalui laman web rasmi Apple Malaysia, peranti-peranti Apple berkenaan dijangka bakal hadir kedai-kedai fizikal wakil pengedar Apple yang sah di Malaysia dalam masa yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar