Utama Teknologi Permainan M Nasir kini atlet e-sukan, Bermain untuk Pasukan MLBB RSG Malaysia

M Nasir kini atlet e-sukan, Bermain untuk Pasukan MLBB RSG Malaysia

602
0
M-Nasir-MLBB-RSG-Malaysia

M Nasir kini menyertai pasukan e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) RSG Malaysia. Penggiat seni popular dengan karya muzik, lakonan, filem dan puisi ini menggunakan nama gelaran sebagai Sifu di dalam permainan tersebut.

Pengumuman tersebut telah dikongsikan oleh RSG Malaysia menerusi laman rasminya di Facebook. Sesetengah peminat pada mulanya menyangka ia sebagai satu gurauan, namun pengurus pasukan Johnny Tan telah memaklumkan kepada akhbar The Star bahawa ini adalah betul-betul dan bukannya cobaan.

Menurut beliau lagi, M Nasir merupakan seorang pemain MLBB kasual dan menyatakan minatnya untuk meneroka e-sukan ini dengan lebih jauh. Kedua-dua pihak telah membincangkan perkara ini beberapa bulan sebelum pengumuman ini dibuat.

M Nasir akan bermain sebagai pemain simpanan bagi pasukan MLBB RSG Malaysia, selain turut berperanan sebagai mentor untuk meningkatkan moral para pemain.

Tinggalkan komentar