Garmin baharu sahaja selesai menganjurkan acara larian Garmin Run Asia Series 2022 Malaysia Marathon di Dataran Kehakiman Putrajaya awal pagi tadi, 11 September 2022. Selain mengadakan larian secara fizikal, turut disediakan acara larian secara maya sepanjang bulan September ini melalui aplikasi penjejak larian seperti Strava.

Untuk larian secara fizikal, peserta dibahagikan kepada empat kategori iaitu 5km, 10km, 21km dan 42km. Peserta kategori 42km telah dilepaskan seawal jam 3.30 pagi, manakala peserta 21km pula pada jam 4.15 pagi.

Bagi kategori 10km dan 5km pula, peserta masing-masing telah dilepaskan pada jam 7.00 pagi dan 7.15 pagi.

Hadiah wang tunai untuk pelari terpantas bagi kategori 21km ditawarkan seperti berikut:

  • Tempat Pertama 21km – RM800
  • Tempat Kedua 21km – RM600
  • Tempat Ketiga 21km – RM400
  • Tempat Keempat 21km – RM300
  • Tempat Kelima 21km – RM300

Pelari terpantas bagi kategori 42km pula akan menerima hadiah seperti berikut:

  • Tempat Pertama 42km – RM1,000
  • Tempat Kedua 42km – RM800
  • Tempat Ketiga 42km – RM700
  • Tempat Keempat 42km – RM600
  • Tempat Kelima 42km – RM500

Peserta-peserta yang mengambil bahagian juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama dalam cabutan bertuah, berupa tajaan produk Garmin selama setahun bernilai RM10,000.

Tinggalkan komentar