Laman web rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tergendala buat sementara waktu pada hari pertama permohonan untuk sebahagian perniagaan terpilih beroperasi kembali pada tempoh fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Cubaan untuk mengakses ke laman web berkenaan pada hari ini Isnin, 13 April tidak berjaya dan mesej ralat dipaparkan. Menerusi akaun Twitter rasmi MITI, dinyatakan bahawa setakat ini lebih dari 100,000 syarikat telah membuat permohonan.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan berikut: https://application.miti.gov.my
Terdahulu, MITI telah memberikan kebenaran untuk beberapa jenis perniagaan membuat permohonan beroperasi bermula dari jam 9 pagi.
Hi, due to heavy traffic, the MITI Portal shows temporarily inaccessible. More than 100k companies have applied so far in the system. Please keep trying and the server will direct when a slot is available. We sincerely apologize for the inconvenience caused. Thank you.
— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) April 13, 2020
Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Twitter rasmi kementerian, proses permohonan untuk perniagaan-perniagaan yang terlibat adalah sepenuhnya digital. Tiada sebarang dokument perlu dimuat naik dan pemohon perlu menyediakan maklumat selengkapnya terlebih dahulu, terutamanya maklumat pekerja.
Maklumat berkenaan termasuklah pendaftaran syarikat termasuk nombor Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), nombor lesen keutamaan dan nombor lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); alamat surat menyurat dan operasi syarikat; anggaran pendapatan syarikat untuk 2017, 2018 dan 2019.
Syarikat-syarikat juga perlu menyatakan bilangan pekerja tetap syarikat, maklumat setiap pekerja termasuk nama, kad pengenalan, nombor telefon atau maklumat pengenalan lain serta sifat atau skop kerja di syarikat masing-masing.
Pemilik dan pengurusan syarikat juga diingatkan untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum boleh beroperasi semula.
[Kemaskini: jam 3.02 petang] Laman web rasmi MITI dan pautan ke bahagian permohonan operasi perniagaan ditutup buat sementara waktu pada jam 2 hingga 4 petang. Sistem permohonan berkenaan akan dibuka semula mulai jam 4 petang.
Untuk makluman, sistem permohonan untuk syarikat beroperasi akan ditangguhkan sementara bermula jam 2.00 petang dan akan kembali berfungsi pada jam 4.00 petang melalui pautan https://t.co/SNaoAajy7Z@AzminAli @limbanhong @lha_miti pic.twitter.com/3VrFpCLwG6
— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) April 13, 2020













