Penggunaan sambungan Wi-Fi menjadi pilihan sesetengah pengguna memandangkan ianya mudah dan tidak pegun di satu-satu tempat sahaja seperti sambungan internet menggunakan kabel. Walaupun ianya mudah alih, sambungan wi-fi adakalanya menjadi tidak stabil disebabkan faktor luaran gelombang radio yang digunakannya.
Kebanyakan peralatan rangkaian wi-fi yang digunakan oleh pengguna biasa menggunakan julat frekuensi radio yang kecil sekitar 2.4 GHz untuk isyarat pemancaran. Julat-julat ini diagihkan kepada sejumlah saluran-saluran yang lebih kecil sama seperti saluran untuk televisyen. Terdapat 14 saluran yang telah ditetapkan di dalam julat 2.4 GHz yang dijarakkan pada 5 MHz antara satu sama lain (kecuali jarak sebelum saluran 14 yang menggunakan 12 MHz).

Julat isyarat yang kecil ini mengakibatkan berlakunya pertindihan di antara saluran-saluran. Tambahan pula, gangguan isyarat dari peranti-peranti lain (seperti ketuhar gelombang mikro, telefon tanpa wayar dan lain-lain) dan rangkaian wi-fi jiran-jiran anda yang menggunakan julat frekuensi yang sama mengakibatkan gangguan (interference) pada rangkaian wi-fi sehingga menjejaskan prestasi sambungan ke internet.
Gangguan (interference) juga boleh berpunca dari sebab-sebab berikut;

Sebagaimana yang diterangkan di dalam Rajah 1 di atas, Saluran 1, 6 dan 11 dijarakkan sejauh mungkin supaya ia tidak bertindih dengan satu sama lain dan ia dianggap sebagai saluran terbaik yang boleh digunakan untuk rangkain wi-fi.
Oleh sebab interferens boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi rangkaian wi-fi, pemilihan penggunaan saluran yang betul dapat membantu kualiti sambungan rangkaian ke internet secara keseluruhannya.
Untuk mengubah saluran router wi-fi, log masuk ke antaramuka web router melalui pelayar web (biasanya taipkan 192.168.1.1 pada address bar Chrome, Firefox, Internet Explorer dan lain-lain). Pergi bahagian ‘settings’ (tetapan) dan cari pilihan Wi-Fi Channel dan pilih saluran yang anda inginkan. Selalunya, channel 1, channel 6 dan channel 11.
Selain dari itu, anda juga boleh mencuba perisian atau aplikasi berikut mengikut jenis sistem operasi peranti yang anda gunakan;
Wi-Fi Analyzer (Android)
Salah satu aplikasi Android terbaik untuk memilih saluran adalah aplikasi Wi-Fi Analyzer. Sebaik sahaja anda memasang aplikasi ini, ia akan memberikan maklumat berkenaan rangkaian wi-fi sekitar tempat anda serta saluran yang digunakan. Aplikasi ini juga turut memberikan saranan saluran terbaik yang boleh digunakan untuk rangkaian wi-fi anda.
iwlist (Linux)

Arahan iwlist ini boleh digunakan melalui terminal Linux melalui arahan berikut
[box]Sudo iwlist wlan0 scan | grep \(Channel[/box]
Seterusnya anda boleh melihat melalui output dan pilih saluran wi-fi mana yang paling kurang kesesakan untuk prestasi wi-fi yang paling optimum untuk meningkatkan kelajuan wi-fi.
Wireless Diagnostic (Mac OS X)

Fungsi ini telah diintegrasikan bersama di dalam Mac OS X. Untuk gunakannya, pegang (hold) butang Option dan klik pada ikon wi-fi pada bar menu > pilih Open Wireless Diagnostics > klik pada Window Menu > pilih Utilities > pilih Wi-Fi Scan Tab > Klik Scan Now. Ruangan “Best 2.4 GHz Channels” dan “Best 5 GHz” Channels” akan secara automatik akan mengesyorkan saluran wi-fi yang paling sesuai anda gunakan pada router untuk meningkatkan kelajuan sambungan wi-fi.
inSSIDer (Windows)
Pengguna Windows boleh cuba menggunakan perisian seperti inSSIDer untuk meninjau saluran Wi-Fi mana yang paling kurang sesak dan memberikan saranan saluran terbaik untuk anda. Selain dari perisian inSSIDer, pengguna Windows boleh mencuba perisian mengesan saluran wi-fi lain seperti WifiInfoView dan Xirrus Wi-Fi Inspector.
Apa pun, diharapkan melalui penggunaan saluran rangkaian wi-fi yang betul ini dapat membantu anda dalam mengoptimumkan capaian ke internet. Jika anda mempunyai cadangan untuk menjadikan sambungan wi-fi lebih laju, tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen di bawah.











salam. singgah baca…