Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini telah melancarkan e-Payroll. Perkhidmatan digital baharu ini menyediakan pengiraan caruman berkanun secara automatik.
Ianya merupakan penambahbaikan bagi portal i-Akaun (majikan) dan mensasarkan kepada kumpulan majikan kategori industi kecil dan sederhana (IKS).
e-Payroll memberikan kemudahan kepada majikan menyimpan rekod pekerja-pekerja secara digital, terutamanya yang berkaitan dengan gaji. Ia juga membantu majikan memenuhi keperluan dan tanggungjawab sebagai majikan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KWSP, LHDN dan PERKESO.
Memperkenalkan e-Payroll – satu penambahbaikan terbaru portal i-Akaun (Majikan) bagi membantu dan mempermudahkan urusan-urusan penggajian majikan.
Dapatkan info dan makluman terkini mengenai e-Payroll di laman web rasmi kami https://t.co/a8mdM3dd1y#kwspinfo #kwspmajikan pic.twitter.com/0S9wpWsFaS
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) June 18, 2021
Perkhidmatan digital baharu ini dibangunkan dengan kerjasama dan penglibatan Lembagan Hasil Dalam Negeri (LHDN), PERKESO dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (HRDF).
Lebih dari 600 syarikat IKS telah melibatkan diri dalam ujian rintis e-Payroll.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, layari laman web rasmi KWSP.













