
Sila ikuti Siaran Akhbar Pelbagai Saluran interaktif yang lengkap di sini: https://www.multivu.com/players/English/9115452-kohler-showcases-kitchen-bath-category-leadership-ces-2023/
Mewujudkan pengalaman pengguna yang lebih baik dengan meningkatkan prestasi dan kecekapan saluran air merupakan satu kelebihan daya saing yang dimiliki oleh Kohler. Berikut adalah antara inovasi produk yang akan disorot di reruai Kohler CES (#5921):
- Injap dan Kawalan Pancuran Pintar Anthem memberikan tetapan suhu, tekanan dan semburan yang berbeza secara serentak untuk setiap saluran air dengan hanya satu sentuhan butang. Membilas dengan air yang suam dan sejuk pada masa yang sama menawarkan manfaat hidroterapi dan mewujudkan pengalaman seumpama spa di rumah. Sistem pancuran mandian pintar digital Anthem mengawal sehingga enam outlet air dan memaparkan jumlah air yang digunakan selepas setiap mandian untuk membantu memaklumkan pengguna tentang penggunaan air mereka.
- Pancuran Mandian Atas Kepala dan Pancuran Mandian Tangan Statement VES (Variable Eco-Spray) mengurangkan penggunaan air sehingga 40 peratus berbanding pancuran mandian atas kepala biasa yang berkapasiti 2.5gpm. Penyembur aliran rendah Statement VES dioptimumkan untuk menyediakan lingkungan bilasan yang mantap sambil mengekalkan kehangatan – menangani dua keperluan pengalaman mandian yang penting. Koleksi Statement ini merangkumi teknologi induksi udara Katalyst Kohler yang menggabungkan udara ke dalam titisan air agar titisan tersebut dirasakan lebih besar dengan haba yang dikekalkan untuk rendaman yang terasa lebih mewah namun mengurangkan penggunaan air. Pancuran mandi atas kepala Statement adalah serasi dengan paip sedia ada untuk memudahkan kerja-kerja menaik taraf.
- Sistem Pemantauan Air Pintar H2Wise yang dikuasakan oleh Phyn dapat memantau dan menjejaki kesemua penggunaan air isi rumah, memaklumkan pengguna tentang kebocoran dan mengeluarkan amaran tentang prapembekuan. H2Wise™+ menampilkan fungsi penutupan jarak jauh sekiranya berlaku kebocoran besar. Ciri pintar baharu untuk mengurangkan pembekuan paip yang akan dilancarkan pada suku kedua tahun 2023 dapat mengesan sekiranya paip mula membeku dan mengarahkan lekapan air KOHLER Konnect untuk mengurangkan tekanan dan meminimumkan potensi kerosakan dengan mudah.
- Tandas Pintar Eir menawarkan ciri-ciri keselesaan seperti tempat duduk boleh dihangatkan, pencucian peribadi, penutup terbuka dan tertutup secara automatik, pam berganda dan keupayaan pam automatik pintar yang memenuhi kriteria WaterSense EPA. Reka bentuk yang elegan dengan pelbagai pilihan kemasan memperluas rangkaian portfolio tandas pintar Kohler.
- Sprig ialah jenama gaya hidup baharu Kohler yang terdiri daripada sistem infusi pancuran mandian yang elegan dengan pod infusi pancuran mandian semula jadi, semburan badan dan linen serba guna serta pewangi mandian premium yang memberikan ketenangan melalui aromaterapi. Sistem infusi bertangkainya boleh ditambah kepada pancuran mandian sedia ada dengan mudah agar aromaterapi dapat dilarutkan ke dalam air, memudahkan para pengguna untuk meningkatkan rutin harian mereka menjadi waktu rehat yang dapat meningkatkan kesejahteraan.
- Jubin Alo oleh ANN SACKS, sebuah syarikat Kohler, ialah sejenis jubin dengan 50 hingga 70 peratus daripadanya diperbuat menggunakan kaca kitar semula daripada skrin TV dan PC yang sudah tidak digunakan lagi dan akan dipamerkan di CES.
Sebagai penerima Anugerah Inovasi CES 2023, bilik mandi Stillness Infinity Experience Kohler akan membuat penampilan sulung di lokasi pada tahun ini untuk membolehkan para hadirin melihat, menghidu, mendengar dan merasai pengalaman mandian pintar pelbagai deria yang mengubah bilik mandi menjadi tempat istimewa untuk berehat dan menikmati keselesaan.
Kohler memperkenalkan Diagnostik Jarak Jauh dengan menyediakan tahap penjagaan pelanggan yang tertinggi bagi penyelesaian masalah produk menggunakan aplikasi mudah alih KOHLER Konnect. Ia menawarkan maklum balas segera tentang status peranti, arahan langkah demi langkah untuk mendiagnosis dan membetulkan masalah, atau keupayaan untuk memindahkan data dan menghubungkan pengguna terus kepada wakil perkhidmatan pelanggan untuk mendapatkan sokongan peribadi. Diagnostik Jarak Jauh kini tersedia untuk pancuran mandian pintar Anthem dan pengisi mandian pintar PerfectFill, yang merupakan penerima Anugerah Inovasi CES 2022, dan akan menjadi produk pilihan didayakan KOHLER Konnect pada masa hadapan.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Kit Akhbar KOHLER CES.
Tentang Kohler Co.
Ditubuhkan pada tahun 1873 dan beribu pejabat di Kohler, Wisconsin, Kohler Co. merupakan salah sebuah syarikat milik persendirian yang tertua dan terbesar di Amerika yang terdiri daripada lebih 40,000 ahli bersekutu. Dengan lebih 50 lokasi pembuatan di seluruh dunia, Kohler merupakan peneraju global dalam reka bentuk, inovasi dan pembuatan produk dapur dan bilik mandi; produk kabinet mewah, jubin dan pencahayaan; enjin, penjana dan penyelesaian tenaga bersih; dan merupakan pengendali/pemilik dua kemudahan hospitaliti dan destinasi peranginan golf bertaraf lima bintang di Kohler, Wisconsin dan St. Andrews, Scotland. Padang golf Kohler Whistling Straits pernah menjadi tuan rumah kepada Piala Ryder ke-43 pada tahun 2021. Syarikat ini juga membangunkan penyelesaian untuk menangani isu-isu yang mendesak seperti air bersih dan sanitasi untuk komuniti yang kurang diberi perhatian di seluruh dunia bagi meningkatkan kualiti kehidupan generasi semasa dan akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila layari kohlercompany.com.
Believing in Better: Better Planet, Better Communities, Better Lives
Believing in Better (Mempercayai yang Lebih Baik) ialah strategi kelestarian dan impak sosial Kohler berdasarkan falsafah operasi syarikat iaitu yang terbaik sentiasa boleh menjadi lebih baik – untuk planet, manusia, komuniti dan perniagaan. Believing in Better mempunyai tiga tonggak: Better Planet, Better Communities and Better Lives (Planet yang Lebih Baik, Komuniti yang Lebih Baik dan Kehidupan yang Lebih Baik). Melalui setiap tonggak ini, Kohler berusaha untuk membangunkan produk dan program yang boleh memberi impak bermakna, bukan sahaja untuk perniagaannya, malah untuk komuniti yang disertainya serta untuk kehidupan mereka yang menggunakan produknya.
|
Hubungan: |
|
|
Stephen Maliszewski |
Jillian Rosone |
Logo – http://mma.prnewswire.com/media/619434/Kohler_Logo.jpg














