Sebelum ini Asus pernah melancarkan TouchBar versi mereka sendiri melalui laptop ZenBook Pro. Kali ini Asus membawakan lagi keunikan laptop keluarannya melalui ZenBook Pro Duo dan sesuai dengan namanya, laptop berkenaan memiliki dua skrin.
Secara amnya, peranti baru yang diperkenalkan oleh Asus masih lagi merupakan sebuah laptop. Bezanya, laptop ini menawarkan skrin sentuh berpaparan penuh 4K 14-inci ScreenPad Plus yang menawarkan “interaksi lancar” dengan skrin utamanya. Berdasarkan apa yang dipertontonkan, laptop ini memiliki bar sentuhan (touch bar) memenuhi separuh ruang yang biasanya menempatkan papan kekunci sesebuah laptop. Oleh yang demikian, walaupun kelebaran laptop telah bertambah, ia tidak menyediakan dua paparan utama, kerana ScreenPad Plus mempunyai nisbah aspek 32:9.
ScreenPad Plus sedia membantu
Melalui ScreenPad Plus, Asus menyatakan laptop ini menawarkan “kepelbagaian kreativiti bagi penyedia kandungan”, dengan mempermudahkan aliran kerja dan berbilang tugasan. Ia dilakukan menerusi perisian ScreenXpert yang membantu paparan sekunder berfungsi seiring dengan paparan utama sebagaimana yang diperkenalkan pada fungsi Asus ScreenPad sebelumnya.
Hal ini bermakna anda boleh menggunakan ScreenPad Plus sebagai paparan sekunder, bertukar-tukar aplikasi, dan menetapkan kumpulan tugasan. Selain itu, pengguna juga boleh memanfaat fungsi ScreenPad Plus untuk mengendalikan Sequence di dalam Premiere Pro. Secara teorinya, ianya amat berguna memandangkan betapa sempitnya ruangan yang disediakan untuk sesebuah peranti mudah alih. Tidak ketinggalan, ScreenPad Plus boleh digunakan dengan pena Stylus yang turut disertakan bersama-sama.
Memandangkan ScreenPad Plus telah mengambil ruangan atas laptop, papan kekuncinya telah diturunkan ke bawah. Manakala pad penjejakan (track pad) telah dipindahkan ke sebelah kanan. Pad penjejakan yang disediakan juga boleh ditukar fungsinya sebagai pad nombor.
Asus juga telah memperkasakan ZenBook Pro Duo baru mereka perkakasan berspesifikasi tinggi. Termasuklah pemprosesan Intel Core i9-9980HK, GPU NVIDIA GeForce RTX2060 dengan 6GB GDDR6 VRAM, dan storan 1TB PCIe x4 SSD.
Paparan utama ZenBook Pro Duo menawarkan panel OLED 15.6-inci 4K yang juga peka sentuhan. Melalui paparan berbingkai Asus NanoEdge, laptop ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan 89%. Walau bagaimanapun, dalam nisbah aspek 16:9 pengguna tidak akan mendapat nisbah yang berketinggian 3:2 tinggi pada laptop ini, namun merangkumi 100% DCI-P3 warna gamut dan sokongan HDR.
Untuk port, laptop ini satu port Thunderbolt 3 USB-C, dua port USB 3.1 Gen 2 Type A, port HDMI, dan bicu fon kepala 3.5mm. Ia menggunakan bateri polimer lithium 71Wh.
Bagaimanapun, mungkin terdapat satu kelehamah pada laptop ini iaitu ianya seberat 2.5kg. Terlalu berat untuk laptop keluaran tahun 2019.
Sumber berita diperoleh dari The Verge













