Jika anda mendapati terdapat ralat ketika mengakses ke perkhidmatan Unifi TV sejak dari malam tadi sehingga hari ini, anda tidak keseorangan.

Unifi telah memaklumkan gangguan perkhidmatan tersebut berpunca dari kebakaran yang berlaku di Kompleks IT TM di Cyberjaya.

Punca kebakaran dikatakan berpunca dari peralatan bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) di dalam premis berkenaan. Kejadian berlaku kira-kira jam 9.50 malam semalam dan telah menyebabkan lebih kurang 300,000 pelanggan tidak dapat mengakses ke perkhidmatan Unifi TV. Perkhidmatan TM dan Unifi lain bagaimanapun tidak terkesan dalam insiden tersebut.

Pada awalnya, TM menjangkakan bekalan kuasa dapat dipulihkan sekitar tengah hari tadi. Tetapi telah menunda jangkaan terseput kepada sekitar jam 8 malam tadi.

Bagi anda yang tinggal d sekitar Cyberjaya, outlet TM Point berkenaan akan ditutup buat sementara waktu akibat insiden kebakaran tersebut. Penutupan sementara waktu ini dibuat ekoran kekurangan bekalan waktu di premis berkenaan. Tidak dapat dipastikan bilakah outlet tersebut akan dibuka semula dan bagi pelanggan yang ingin berurusan dengan TM boleh mengunjungi outlet berhampiran di sekitar Kajang dan Putrajaya.

Tinggalkan komentar