Kaspersky Malaysia telah melancarkan Kaspersky Internet Security dan Kaspersky Total Security versi terkini yang direka khusus untuk melindungi peranti di dalam isi rumah dan juga untuk memerangi kegiatan jenayah penipuan siber.
Atas tujuan tersebut, Kaspersky Internet Security dan Kaspersky Total Security, kedua-duanya diintegrasikan dengan teknologi anti-phishing. Penggunaannya dapat mencegah percubaan penipuan melalui fungsi URL Adivsor yang sentiasa dikemaskini. Fungsi ini juga dapat digunakan untuk menentang ransomware bagi mencegah berulangnya insiden WannaCry.
Selain itu, pengguna juga boleh memanfaatkan perkhidmatan Kaspersky Secure Connection dengan fungsi penyambungan berenkripsi apabila menggunakan rangkaian Wi-Fi yang tidak selamat atau laman-laman web yang sensitif.
Kaspersky Total Security turut menyediakan fungsi kawalan ibu bapa, Kaspersky Safe Kids yang bertujuan memberikan kemudahan kepada ibu bapa untuk memantau dan mengawal selia sebarang aktiviti atas talian di dalam anggota keluarga.
Pembelian produk Kaspersky Internet Security untuk 3 Peranti 1 Tahun yang bernilai RM179 turut didatangkan bersama dengan Kaspersky Internet Security untuk Mac 1 Tahun dan Kaspersky Internet Security untuk Android 1 Peranti 1 tahun secara PERCUMA. Tawaran percuma ini diberikan bagi pembelian Kaspersky Anti-virus 1 Peranti 1 Tahun.
Berikut adalah jadual harga bagi produk-produk Kaspersky sebagai rujukan;
| Produk | 1 Peranti | 3 Peranti | 5 Peranti |
|---|---|---|---|
| Kaspersky Internet Security | RM100 | RM179 | RM249 |
| Kaspersky Anti-Virus | RM39.90 | RM119 | RM199 |
| Kaspersky Total Security | RM109 | RM199 | tiada |
Kunjungi portal Kaspersky untuk maklumat lanjut














Hemphhh… lama dah aku tak beli Kaspersky ni (semenjak guna Windows 10), tapi aku mula rasa macam nak kena beli dan pasang semula… huhuhuh
Personally la, hang rekemen tak untuk beli dan install Kaspersky kat Windows 10? 🙁
Ok je kalau nak bubuh Karspersky ni kat windows 10. Tak bubuh pun tak per. Sebab windows 10 ni pun dah ada dia punya security.
Worait~ ;3