Samsung Galaxy S22 Ultra (Note?) dikhabarkan akan mempunyai kamera 108MP, sama seperti model sebelumnya. Cuma bezanya pada kali ini, kamera utama berkenaan menawarkan keunikan yang tersendiri yang tidak terdapat pada telefon pintar lain.
Telefon pintar Samsung baharu keluaran akan datang ini dilaporkan akan menawarkan kuad-kamera dengan sensor 108MP sebagai kamera utamanya. Bersama-sama dengannya, turut disertakan kamera ultra-lebar 12MP, serta dua sensor telefoto dari Sony iaitu jenis periskop 10x 10MP dan 3x 10MP.
Apa yang amat membezakan sensor kamera utama 108MP Samsung ini adalah pada peningkatan ISOCELL HM3 yang digunakannya.
Menurut maklumat yang disampaikan oleh Ice Universe, kamera utama berkenaan mampu membawakan kualiti imej yang lebih baik dengan perincian yang lebih jelas.
Compared with the default 108MP picture quality, S22 Ultra’s new AI picture quality enhancement mode can make 108MP better in detail, color and brightness.
— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) December 19, 2021
Penambahbaikan ini didorong oleh penggunaan kecerdasan buatan yang digunakan baik menaikkan seri imej melalui perincian, warna dan kecerahan yang lebih baik.
Selain itu, sebuah laman dari Korea, ITMaterial turut menemukan petikan kod (code snippets) yang menunjukkan Samsung Galaxy S22 Ultra akan mempunyai mod seakan-akan makro. Fungsi ini membolehkan anda mengambil foto merapat yang lebih terperinci.
Dikenali sebagai ‘Detail Enhancer’, fungsi ini akan ditawarkan pada kamera utama. Kemungkinan besar juga, penambahan fungsi ini mungkin akan ditawarkan pada telefon-telefon model terdahulu Samsung yang mempunyai kamera 108MP melalui kemaskini perisian yang akan datang.
Samsung Galaxy S22 dijangkakan akan dilancarkan pada Februari 2022.













