Menerusi pengumuman terkini yang dikeluarkan oleh pihak Maybank, selain dari masalah pada aplikasi perkhidmatan dalam taliannya, kad debit dari bank ini juga turut dilaporkan mengalami masalah.

Masalah ini dilaporkan hadir dalam tempoh beberapa jam selepas akses ke aplikasi MAE dan perkhidmatan Maybank2U oleh pengguna berdepan dengan kesukaran.

Setakat ini pihak Maybank masih belum menjelaskan punca kejadian ini berlaku. Tidak dapat dipastikan jika masalah ini hanya melibatkan kad debit Maybank Visa sahaja atau dengan kad debit Maybank Mastercard juga.

Walaubagaimanapun, pihak Maybank terus berusaha menangani masalah ini secepat mungkin. Hal ini kerana tarikh hari ini adalah hari gaji bagi kebanyakan pekerja dan gangguan perkhidmatan ini jika berlarutan boleh menjejaskan persiapan Aidilfitri yang menjelang tiba.

[Kemaskini 7.20 PM 25 April 2022] Masalah perkhidmatan kad debit Maybank dilaporkan telah kembali pulih sekitar jam 5.12 petang tadi.

Tinggalkan komentar